
LALUAN terowong bawah tanah yang tidak digunakan di bawah bangunan Mahkamah Tinggi boleh dijadikan sebagai destinasi pelancongan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran.
Jelasnya, terowong seperti itu yang kini tidak digunakan dan terbiar boleh ditemui di bawah bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Ipoh.
"Terowong ini digunakan untuk membawa tertuduh terus ke mahkamah, tetapi kini ia tidak lagi digunakan," katanya dalam ucapan pada majlis penyerahan projek pemulihan bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di George Town.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis Bentong nafi klip tular tanah runtuh di Terowong Genting Sempah
BACA LAGI: Pembinaan terowong punca tanah mendap di Lebuhraya KL-Karak
Kulasegaran berkata, terowong itu boleh digunakan dengan baik untuk tujuan pelancongan.
"Ini boleh dijadikan produk pelancongan untuk pengunjung dan mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.
Kerja menaik taraf bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bernilai RM19 juta pada Disember 2021 itu telah siap pada 13 Julai lalu.
Pemulihan bangunan itu dibuat bagi menangani isu seperti kebocoran bumbung, kerosakan anai-anai, masalah kelembapan, pertumbuhan kulat dan kesan takungan air.
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah pun diselenggara dan akan dibuka sepenuhnya pada November nanti. — The Star
Tambahnya, bangunan itu akan dibuka sepenuhnya menjelang November nanti.
"Antara skop kerja dan komponen yang terlibat ialah menaik taraf bumbung, dinding, struktur lantai, menaik taraf sistem elektrik seperti lif dan turapan serta mengecat pagar sedia ada.
"Kita perlu mempercepatkan perbicaraan kes jenayah kerana saya percaya bahawa keadilan yang ditangguhkan adalah keadilan yang dinafikan.
"Melengahkan kes adalah tidak adil, jadi saya telah berbincang dengan Ketua Pendaftar untuk menambah bilangan hakim agar boleh mendengar lebih banyak kes di sini," katanya sambil menambah akan ada ruang mahkamah tambahan untuk menampung lebih banyak kes persidangan dan prosiding.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Roslan Ismail, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Zamri Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, Pengarah JKR Pulau Pinang, Ahmad Nadzri Abdul Majid, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.
Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang merupakan salah satu mercu tanda utama yang membawa kepada kemajuan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada tahun 2008.
Akta Warisan Kebangsaan 2005 kemudiannya mewartakan bangunan itu yang dibina pada 1901 dan dibuka pada 1905 sebagai warisan negara. — The Star/N. Trisha
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram