[VIDEO] Ramai syak wanita cemburu rempuh pemain golf sampai cedera, polis AS tahan suspek


  • Benua
  • Jumaat, 30 Ogos 2024

Pemandu terbabit dilihat memandu pada kelajuan tinggi di lapangan golf sebelum merempuh pemain golf terbabit. — Media sosial

POLIS menahan seorang pemandu susulan tindakannya melanggar seorang pemain golf dalam kejadian di Padang Golf Deerfield di Newark, Delaware, Amerika Syarikat (AS).

Insiden itu sempat dirakam individu yang turut berada di lokasi kejadian dan dimuat naik menerusi laman X (Twitter) pada Jumaat.

Menerusi klip berdurasi 16 saat itu, pemandu kenderaan jenis Ford Bronco berkenaan memandu pada kelajuan tinggi dan dalam keadaan melulu di lapangan golf, sebelum melanggar seorang pemain golf yang berada di kawasan berdekatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Perodua Viva hitam ‘menghilang’ lepas jadi punca kemalangan maut penunggang 'superbike' di JB

BACA LAGI: Aktivis politik kena panggil polis dan MCMC, Tian Chua kritik kebebasan bersuara makin terancam sekarang

Pemain golf berkenaan dilihat cuba mengelak daripada dirempuh oleh kereta itu namun gagal.

Namun, mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius, manakala pemandu terbabit telah ditahan pihak berkuasa.

Difahamkan, pemandu wanita terbabit memiliki hubungan dengan pemain golf terbabit, selain punca sebenar kejadian dipercayai akibat cemburu.

Begitupun, polis AS masih menyiasat motif sebenar kejadian.

Tarikh dan masa sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan sehingga kini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram