'Apa kau buat pada anak buah kami', ibu kandung dan bapa tiri dituduh bunuh budak 8 tahun


Zulhelmy (kiri) dan Norfazira (kanan) dituduh membunuh kanak-kanak berusia 8 tahun pada 17 Ogos.

PERBUATAN tergamak yang dilakukan oleh sepasang suami isteri yang membunuh kanak-kanak berusia lapan tahun sukar untuk diterima oleh ibu bapa mangsa.

Pasangan suami isteri, Mohamad Zulhelmy Amirrudin, 29, dan suri rumah, Norfazira Radzi didakwa di Mahkamah Majistret Selayang pada Selasa selepas dituduh membunuh Nur Anissa Afiera Muhamad Zulhafize pada 17 Ogos.

Kejadian tersebut berlaku di Bandar Tasik Puteri, Rawang dipercayai akibat penderaan dilakukan oleh kedua-dua tertuduh terhadap mangsa di sebuah unit pangsapuri pada 11.51 pagi hingga 3.51 petang.

BACA LAGI: Ahli keluarga terdekat didakwa bunuh Nuraina Humaira

BACA LAGI: Dokumen tak lengkap, sebutan semula kes dera kanak-kanak autisme 30 September depan

Kedua-duanya hanya menangguk faham apabila pertuduhan dibaca depan Majistret Chai Guan Hock. Tiada sebarang pengakuan dirakam kerana kes bunuh tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Sebelum pertuduhan dibacakan, berlaku suasana tegang di luar mahkamah apabila ibu bapa saudara kepada mangsa cuba mendapatkan jawapan daripada kedua-dua tertuduh.

"ALLAHUAKBAR, kau buat apa dengan anak buah aku, takbir!

"Keadilan untuk Nur Anissa!," kata ibu saudara mangsa.

Hasil siasatan polis sebelum ini mendapati terdapat kesan pukul pada badan mangsa. Mangsa dikatakan dipukul dengan pelbagai objek seperti tali pinggang, penyangkut baju, senjata tumpul serta tangan dan kaki.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di muka, bibir, paha, dagu dan lutut.

Jika didapati bersalah Zulhelmy dan Norfazira didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh menyebabkan hukuman mati atau penjara selama 30 hingga 40 tahun. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram