PELANCONG yang melawat Kuala Lumpur tidak perlu risau berikutan insiden tanah jerlus yang menyebabkan seorang pelancong India terjerumus di Jalan Masjid India, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, hasil kajian geoteknikal mengenal pasti punca kejadian dan mendapati ia selamat.
Menurut beliau, mana-mana kawasan yang dianggap berisiko menyebabkan tanah mendap perlu ditangani segera.
BACA LAGI: Loji IWK Pantai Dalam lokasi harapan terakhir temukan mangsa terjerumus lubang Masjid India
BACA LAGI: PM Anwar arah DBKL jumpa keluarga mangsa terjerumus lubang gergasi dekat Masjid India
Terdahulu, operasi mencari mangsa yang terjerumus ke dalam lubang ekoran tanah mendap di Jalan Masjid India. — Facebook
"Ia (Kuala Lumpur) selamat," katanya pada Jumaat semasa lawatan ke Pulau Pinang.
Beliau berkata, majlis bandaraya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, perlu memantau kawasan itu dengan teliti.
Anwar menjawab soalan wartawan berhubung kejadian tanah jerlus itu.
Media melaporkan, tanah jerlus kedua dipercayai berlaku pada awal pagi Rabu berikutan hujan lebat.
Terdahulu, pada Jumaat, Vijayalaksmi, 48, warga India, terjerumus ke dalam lubang ekoran tanah mendap ketika berjalan bersama keluarganya di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kelapan. — The Star/IMRAN HILMY
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram