Tanah jerlus Kampung Kerinchi bukan berpunca paip pembetungan awam — IWK


  • Primer
  • Jumaat, 30 Ogos 2024

DBKL menjalankan kerja-kerja awalan seperti pemasangan tali keselamatan, 'water barrier' dan kon di lokasi longkang runtuh dekat Jalan Pantai Permai pada Isnin lalu. — Gambar fail

KEJADIAN tanah jerlus yang berlaku pada Isnin lalu di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur bukan berpunca daripada paip pembentungan, jelas Indah Water Konsortium (IWK).

Menurut satu kenyataan IWK pada Jumaat, pasukan operasinya menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian sebaik menerima laporan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mendapati aliran air kumbahan di jajaran paip pembetungan lancar seperti biasa.

IWK berkata, pemeriksaan lanjut dibuat petang Khamis dengan menggunakan kaedah kamera litar tertutup (CCTV) dan hasil siasatan mendapati bahawa paip dan lurang pembetungan awam berada dalam keadaan baik dan tiada tanda-tanda kerosakan dikenal pasti.

BACA LAGI: Loji IWK Pantai Dalam lokasi harapan terakhir temukan mangsa terjerumus lubang Masjid India

BACA LAGI: PM Anwar arah DBKL jumpa keluarga mangsa terjerumus lubang gergasi dekat Masjid India

indah-water-tank-emel-291222

Indah Water Konsortium menjelaskan tanah jerlus yang berlaku Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi bukan disebabkan paip pembentungan. — IWK

Syarikat pembentungan itu berpendapat kejadian tanah jerlus itu berlaku disebabkan oleh punca lain.

IWK berkata, perkara tersebut memerlukan penyiasatan terperinci oleh agensi berkaitan.

Menurut IWK, hasil siasatan CCTV turut dimaklumkan kepada pihak DBKL.

Terdahulu, DBKL dalam hantaran di laman Facebook pada Selasa memaklumkan kejadian longkang runtuh itu mengakibatkan lubang besar di Kampung Kerinchi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram