Bantu benam Sang Penyu, ‘ubi muda’ Selangor dicadang 'naik pangkat'


  • Podium
  • Rabu, 28 Ogos 2024

Rahman Daud (tengah) memiliki potensi untuk menjadi penyerang baharu skuad Gergasi Merah. — Facebook/Selangor FC

PENGANJURAN Piala MFL bermula musim lalu sedikit sebanyak memberi peluang buat pemain muda mendapatkan minit permainan meskipun mereka tidak beraksi secara kompetetif.

Malah, saingan itu turut memberi peluang buat penyokong pasukan masing-masing menyaksikan kebangkitan 'ubi muda' sebelum diserap ke dalam skuad utama.

Antara pasukan yang sememangnya memberi penekanan atas pertandingan itu ialah Selangor FC kerana pasukan berkenaan menurunkan pemain tempatan dalam usaha mereka mengasah bakat masing-masing.

BACA LAGI: Jendela perpindahan kedua tawar talian hayat buat Selangor FC?

BACA LAGI: Antara dua darjat, Selangor tak mampu kekang JDT hatrik Piala FA, julang trofi diiktiraf

457181460_1032983892166672_1466049333873019449_n

Rahman Daud (tengah) menjadi watak utama ketika skuad muda Gergasi Merah membenam Terengganu FC II. Facebook/Selangor FC

Pada edisi lalu, skuad muda Gergasi Merah menamatkan saingan Kumpulan A di kedudukan teratas, namun gagal ke perlawanan akhir apabila hanya berada di tangga keempat dalam Pusingan Kedua.

Tetapi, musim ini, perubahan format jelas tidak mengganggu pasukan berkenaan yang berada di kedudukan ketiga Piala MFL selepas mengharungi enam perlawanan setakat ini.

Kedudukan itu dicatatkan selepas mereka meraih kemenangan ke atas Terengganu FC II dalam aksi baru-baru ini selepas penyerang muda mereka, Rahmad Daud merekodkan dua gol bagi mencatatkan keputusan 2-0.

Sumbangan berkenaan jelas menaikkan lagi namanya dalam kalangan penyokong skuad Gergasi Merah yang sudah tidak sabar untuk menyaksikannya diserap ke dalam pasukan utama.

Rahman-Daud

Rahman Daud sudah menerima tumpuan ramai sejak sekian lama. Facebook/Selangor FC

"Mungkin sudah tiba masanya untuk serap Rahman Daud dengan Danial Asri," kata Fakhrul Syahmi.

"Boleh cuba rasanya bawa Rahman Daud ke dalam pasukan senior," ujar Naim Xzfr.

"Selangor dah boleh bawa Rahman Daud untuk beraksi dalam skuad atasan. Dah lama perhati, dia memiliki potensi untuk jadi penyerang yang mantap," kata Cik Radi.

Kemenangan ke atas Terengganu FC II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Terengganu pada Selasa itu menyaksikan Selangor FC II sudah merekodkan 15 mata dalam enam perlawanan.

Setakat ini, penyerang berusia 20 tahun berkenaan sudah merekodkan tiga gol dengan dia hanya berada di belakang tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) II, Gabriel Nistelrooy dengan tujuh jaringan.

Sumbangan berkenaan menyaksikan Selangor FC II semakin hampir untuk menduduki tangga teratas memandangkan mereka memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding skuad muda Harimau Selatan dan pendahulu, Kelantan Darul Naim (KDN) FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram