Ada yang jadi duta kelab La Liga, ketahui nasib ex coach JDT lepas julang trofi bersama Harimau Selatan


  • Podium
  • Rabu, 28 Ogos 2024

Bidalgio menjadi jurulatih terbaharu JDT yang merangkul trofi bersama Harimau Selatan.

JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) terus membuktikan kualiti mereka dalam Liga Malaysia selepas mudah menundukkan Gergasi Merah di pentas akhir Piala FA 2024 pada 24 Ogos lalu.

Harimau Selatan yang turun dengan gelaran juara sedekad Liga Super berjaya membolosi gawang gol Selangor dengan enam jaringan dan Juan Muniz berjaya melakar hatrik.

Pengendali JDT, Hector Bidalgio menjadi jurulatih terbaharu yang berjaya membawa JDT merangkul kejuaraan hatrik Piala FA selepas mereka menjuarai trofi itu sejak 2022.

BACA LAGI: 'Yakin 75% Pestabola Merdeka milik Harimau Malaya, ketiadaan UM beri kesan suram'

BACA LAGI: [VIDEO] Hilang Habib Haroon ke Bahrain, Kedah bakal terima khidmat bekas anak didik Nafuzi Zain

Bukan hanya Bidalgio yang berjaya melakar kejuaraan bersama JDT, boleh dikatakan hampir kesemua pengendali bersama Harimau Selatan akan membawa pulang trofi.

Namun menjadi persoalan ke manakah mereka selepas mencipta sejarah gemilang bersama Harimau Selatan?

Adakah jurulatih-jurulatih itu meneruskan magis di pasukan lain? Majoriti senaraikan enam perkembangan terbaharu bekas pengendali Harimau Selatan.

Bojan

Bojan (tengah) semasa mengendalikan JDT pada 2014.

1. Bojan Hodak - Persib Bandung (Indonesia)

Kecemerlangan JDT boleh kita katakan bermula daripada Bojan Hodak selepas dia membantu Harimau Selatan menjulang trofi Liga Super 2014 dan Piala Sumbangsih 2015.

Sebelum menyertai empayar Harimau Selatan, Bojan telah membawa TRW Kelantan menjuarai Liga Super 2012 dan Piala FA 2012, 2013 dan menjadikan pasukan itu antara terbaik dalam Liga Malaysia.

Bersama JDT, Bojan berjaya membawa Harimau Selatan mengharungi 38 perlawanan dengan 23 kemenangan semasa mengendalikan pasukan itu.

Kini, Bojan bersama Persib Bandung dan telah menjuarai Liga Indonesia pada musim lalu selepas meninggalkan Kuala Lumpur City tahun lepas.

Johor Darul Ta'zim (MYS) vs Ulsan Hyundai FC (KOR) during their AFC Champions League 2022 Group I match at Sultan Ibrahim Stadium on April 30, 2022 in Johor Bahru, Malaysia. Photo by Vincent Phoon / Power Sport Images for the AFC

Mora bermula sebagai pengendali JDT II sebelum dinaikkan pangkat.

2. Benjamin Mora - York United (Canada)

Benjamin Mora boleh dilabelkan sebagai jurulatih paling lama yang berkhidmat dalam pasukan JDT.

Jurulatih berusia 45 tahun itu bermula sebagai pengendali JDT II sebelum dinaikkan pangkat dan menjulang sembilan trofi untuk Harimau Selatan.

Kini Mora sedang mengendalikan pasukan York United di liga utama Canada dan berada dalam momentum terbaik untuk membawa pasukan itu menjuarai kejuaraan liga.

Dalam 12 perlawanan yang dikendalikan Mora, York United telah merekodkan enam kemenangan, empar seri dan dua kekalahan untuk meletakkan mereka di tempat keempat liga.

Raul

Raul kini menjadi duta buat RCD Espanyol.

3. Raul Longhi - Duta RCD Espanyol (Sepanyol)

Mungkin ramai tidak mengenali Raul Longhi selepas dia hanya menjadi jurulatih 'caretaker' buat Harimau Selatan selepas Ulisses Morais meletakkan jawatan pada 2018.

Bersama JDT, Raul berjaya membawa Harimau Selatan menamatkan kejuaraan Liga Super 2018 sebelum dilepaskan bersama barisan jurulatih lain selepas menjuarai liga.

Kini Raul menjadi duta kepada RCD Espanyol yang merupakan kelab utama La Liga selepas jurulatih itu mempunyai pengaruh besar dalam kancah bola sepak Sepanyol.

JDT head coach Esteban Solari during the Super League match at Petaling Jaya Stadium last night. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Solari menjuarai kejuaraan 'quadruple' bersama JDT.

4. Esteban Solari - CD Everton (Chile)

Pastinya perletakan jawatan Esteban Solari dalam kem JDT musim lalu mengejutkan banyak pihak selepas dia cemerlang membawa Harimau Selatan menjuarai kejuaraan 'quadruple' walaupun baru semusim.

Langkah berjimat JDT musim ini telah menyebabkan Solari bukan lagi pilihan utama untuk mengendalikan Harimau Selatan.

Bersama JDT, Solari tidak tewas dalam sebarang perlawanan Liga Super dan hanya dibolosi tujuh jaringan sepanjang musim.

Kini, Solari sedang mengalami detik yang sukar bersama CD Everton apabila berada di tempat kelapan liga dengan tujuh kekalahan, seri dan kemenangan dalam 21 perlawanan.

Main Pix

Gomez (kiri) dan Morais (kanan) kini tiada kelab.

5. Mario Gomez & Ulisses Morais - Tiada Kelab

Mario Gomez merupakan satu-satunya jurulatih JDT yang pernah membawa pasukan itu menjuarai trofi antarabangsan iaitu Piala AFC 2015.

Selain menjulang trofi Piala AFC, Gomez juga berjaya membantu Harimau Selatan menjuarai Liga Super 2015, 2016 dan Piala FA 2016.

Selepas itu Mario dilihat bergelut selepas meninggalkan JDT dengan beberapa pasukan dari Indonesia pernah mendapatkan khidmatnya.

Kini Gomez tiada kelab selepas Bhayangkara FC yang dibintangi oleh Radja Nainggolan terjerumus ke liga divisyen kedua Indonesia.

Manakala Ulisses Morais pula tiada kelab selepas kali terakhir bersama JDT pada 2018 kerana mahu pulang ke Portugal atas faktor keluarga. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram