Cadang buat klinik 24 jam atasi isu hospital sesak, salah guna rawatan kecemasan


  • Massa
  • Selasa, 27 Ogos 2024

Melaksanakan klinik kerajaan secara 24 jam antara cadangan bagi menangani masalah kesesakan di hospital. — Gambar hiasan/Twitter

ISU kesesakan di hospital kini dilihat semakin membimbangkan terutamanya ketika pesakit mahu mengambil giliran masing-masing.

Perkara itu juga secara tidak langsung menyukarkan pesakit kerana perlu menunggu terlalu lama di kaunter pendaftaran.

Ia boleh dikaitkan dengan satu kejadian tular apabila pesakit didakwa menyalah gunakan Jabatan Kecemasan dan Trauma untuk mendapatkan rawatan bagi kes diklasifikasikan sebagai tidak serius.

BACA LAGI: Selepas Masjid India, Kampung Kerinchi pula berlubang gergasi

BACA LAGI: Jangan terlepas e-mel, notifikasi aplikasi MAS, mungkin penting dan bukan sekadar promosi

WhatsApp Image 2024-08-27 at 15.10.52

Sebelum ini tular dakwaan mengatakan ramai pesakit menyalahgunakan unit kecemasan di hospital. — Gambar hiasan

Mereka juga dikatakan memenuhi kawasan itu sekali gus menyebabkan kesesakan serta tidak dapat membuka ruang kepada pesakit yang sepatutnya menerima rawatan kecemasan.

Susulan itu, rata-rata warganet menyuarakan beberapa pendapat dan cadangan sebagai usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah tersebut.

Menurut seorang pengguna akaun X @IniAlalalannn, klinik 1Malaysia yang pernah ditubuhkan ketika pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak suatu ketika dahulu perlu diwujudkan semula.

Cadangnya, klinik tersebut boleh dijenamakan mengikut tema kerajaan terkini dan menjalankan operasi secara 24 jam.

"Kembalikan klinik 1Malaysia 24jam. Jenamakan semula jadi klinik Madani ke apa.

"Tak semua dari kerajaan dahulu kita kena buang. Benda yang bagi manfaat, kekal je la.

"Sekurang-kurangnya dapat bantu sesak di hospital dan tiada lagi ada doktor kata orang datang untuk rawatan percuma macam buffet," tulisnya.

WhatsApp Image 2024-08-27 at 15.12.08

Klinik 24 jam dikatakan dapat mengurangkan masa pesakit untuk menunggu dan mendapatkan rawatan. — Gambar hiasan/Twitter

Pada masa sama, ada juga menyarankan orang awam mendapatkan rawatan di klinik komuniti.

"Sekarang pun dah banyak klinik komuniti buka sampai Ahad.

"Sakit-sakit biasa bolehlah pergi macam demam, batuk atau cuci luka tapi tiada surat cuti (MC)," komen @nyos88.

Cadangan membuka perkhidmatan 24 jam itu bagaimanapun dilihat sukar dilaksanakan kerana kekurangan kakitangan kesihatan di negara ini

"Ramai yang nak perkhidmatan 24 jam, tapi tak ramai yang sanggup nak bekerja 24 jam.

"Kalau dah smpai tahap staf tak cukup sampai cuti bersalin pun nak dipendekkan, agak-agak ada ke yang nak jalankan klinik 24 jam ni? Renungkan," ulas @CoolandClassicA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram