Wanita jelita misteri di sebalik penahanan pengasas Telegram cetus spekulasi liar


  • Benua
  • Isnin, 26 Ogos 2024

Juli Vavilova merupakan teman wanita Durov yang juga dilaporkan punca CEO berkenaan ditahan.

PENAHANAN pengasas dan CEO aplikasi Telegram, Pavel Durov di lapanan terbang Bourget, dekat Paris diselubungi misteri kerana kehadiran seorang wanita jelita yang turut berada bersamanya ketika mereka ditahan pihak berkuasa Perancis.

Penangkapan tokoh dalam dunia media digital itu mula menimbulkan tanda tanya apabila individu yang dikenali sebagai Juli Vavilova turut ditahan bersamanya.

Begitupun, penglibatan Vavilova dalam penahanan Durov belum dapat dipastikan dengan ada yang menimbulkan spekulasi bahawa wanita itu terlibat dalam penahanannya.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemilik berputih mata, motosikal lesap ketika berhenti solat subuh di Batu Caves

BACA LAGI: Akta 854 berkuat kuasa Isnin, tingkat keselamatan siber negara

Vavilova merupakan seorang streamer dan pakar mata wang crypto yang mempunyai 20,000 pengikut di media sosial Instagram.

Wanita itu fasih berbahasa English, Rusia, Sepanyol dan Arab.

Malah Vavilova pernah dilihat Bersama Durov di beberapa buah negara termasuk Kazakhstan, Kyrgyzstan, and Azerbaijan.

Kelibat mereka di tempat umum mencetuskan spekulasi tentang hubung rapat mereka.

Penahanan Durov, 39, dibuat Ketika mereka tiba di Perancis dengan menaiki sebuah jet.

Susulan itu, timbul persoalan tentang peranan Vavilova dalam penahanan tersebut dengan ada teori mengatakan Wanita itu mungkin tidak berniat atau sengaja menarik perhatian pihak berkuasa.

Malah ada juga dakwaan Vavilova mungkin ditugaskan memerangkap Durov serta terlibat dengan agensi perisikan seperti Mossad.

Waran tersebut dikeluarkan sebahagian daripada siasatan awal oleh OFMIN, sebuah agensi penguatkuasa Perancis yang bertanggungjawab mencegah keganasan terhadap kanak-kanak.

Menurut sumber yang dipetik oleh agensi berita AFP, Durov didakwa atas pelbagai kesalahan termasuk penipuan, pengedaran dadah, buli siber, dan jenayah terancang.

Selain itu, Durov juga dituduh gagal mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan Telegram yang membahayakan, terutama sekali terhadap kandungan yang berkaitan dengan keganasan dan jenayah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram