Jangan terlepas e-mel, notifikasi aplikasi MAS, mungkin penting dan bukan sekadar promosi


  • Massa
  • Selasa, 27 Ogos 2024

Situasi sesak di lapangan terbang susulan pembatalan penerbangan MAS. — Gambar hiasan

RATA-RATA penumpang dilihat mengeluh rentetan Malaysia Aviation Group (MAG) mengurangkan rangkaian penerbangannya untuk sementara waktu sehingga Disember 2024.

Ia membabitkan perkhidmatan penerbangan Malaysia Airlines, Firefly dan Amal yang merangkumi beberapa faktor termasuk cuaca; teknikal dan kekurangan tenaga kerja; kekangan rangkaian bekalan; serta normalisasi berterusan operasi aviasi global pasca-pandemik

Disebabkan itu, pembatalan tiket dari syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) pada saat akhir dilihat menimbulkan resah kepada para penumpang syarikat penerbangan itu.

BACA LAGI: Sembilan rakyat Malaysia cedera, seorang kritikal insiden pesawat SIA 'rempuh' gelora udara kuat

BACA LAGI: Bekas pekerja airline kongsi tip naiki pesawat, elak insiden ‘air turbulence’ berlaku

MAS-flight

MAG mengurangkan rangkaian penerbangannya untuk sementara waktu bagi tempoh sekarang sehingga Disember 2024. — Gambar Agensi

Berkongsikan mengenai perkara itu di media sosial, dia sepatutnya dijadualkan melakukan penerbangan ke Kota Kinabalu, Sabah pada Isnin.

"Terdapat banyak persoalan yang timbul selepas saya membaca kenyataan dari Malaysia Airline.

"Berapa lama masa yang perlu saya tunggu sebelum membatalkan urusan lain?.

"Berapa lama masa yang diambil untuk saya mendapatkan bayaran balik jika penerbangan dibatalkan?.

"Saya risau mereka tidak memulangkan bayaran dan cara tuntutan," kongsinya di Facebook pada Isnin.

Mujurlah, dia kemudiannya mendapatkan bantuan daripada pihak MAS di NU Sentral, Kuala Lumpur bagi mendapatakan bantuan dan maklumat lanjut berkenaan masalah yang dihadapi.

Johanna Sobrey berkata, pihak MAS ada membuat pemberitahuan mengenai perkara itu melalui email dan notifikasi di aplikasi syarikat penerbangan itu.

"Bagi yang melancong dan menaiki penerbangan, sila sentiasa kemas kini email dan notifikasi di aplikasi MAS.

"Jangan risau ia mungkin maklumat penting dan bukannya sekadar promosi," katanya.

Untitled design

Johanna Sobrey berkongsi luahannya yang berdepan dengan masalah proses bayaran balik pembelian tiket yang dibatalkan oleh pihak MAS. — Media sosial

Terdahulu media melaporkan, MAG mengurangkan rangkaian penerbangannya membabitkan perkhidmatan Malaysia Airlines, Firefly dan Amal sehingga Disember 2024.

Pengarah Urusan Kumpulan MAG Datuk Kapten Izham Ismail berkata: "Ini adalah untuk memastikan kebolehpercayaan jangka panjang terhadap kumpulan pesawat dan keteguhan operasi kami untuk memastikan pelanggan kami dalam perkhidmatan Malaysia Airlines, Firefly dan Amal menghadapi gangguan yang minimum dan mempunyai pengalaman terbaik untuk terbang bersama kami.

"Saya secara peribadi memohon maaf atas gangguan yang berlaku semasa perjalanan penumpang dan kesulitan yang timbul," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram