[VIDEO] 'Kita yang tengok pun stres', aksi guru mengajar murid dilihat berbaloi dengan kenaikan gaji penjawat awam


  • Massa
  • Selasa, 20 Ogos 2024

Tangkap layar video memaparkan gelagat seorang guru berusaha mengawal murid-muridnya di sebuah sekolah baru-baru ini.

PELARASAN gaji di bawah Sistem Perkhidmatan Awam (SSPA) dilaksana kerajaan bermula 1 Disember 2024 untuk fasa pertama dilihat memberi impak positif kepada masyarakat.

Ia membabitkan kenaikan gaji sehingga 42 peratus bagi kumpulan pelaksana atau pengurusan profesional manakala kumpulan pengurusan tertinggi bakal menikmati kenaikan sebanyak 7 peratus.

Sistem itu juga bertujuan bagi menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang diguna pakai sebelum ini dan pelaksanaan tersebut akan dilaksanakan secara berfasa bagi mengelakkan tekanan inflasi kepada ekonomi negara.

BACA LAGI: Gaji kumpulan pelaksana naik hingga 42 peratus, pengurusan tertinggi 7 peratus — PM Anwar

BACA LAGI: Tak perlu ulang skrip setiap kali penjawat awam naik gaji, buat aduan SISPAA kalau gagal jalan tugas

2861509

Selepas 13 tahun tiada semakan gaji, penjawat awam memperoleh 'durian runtuh' daripada Kerajaan MADANI. — Gambar hiasan

Rentetan persutujan dan keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam itu, rata-rata warganet berpuas hati melihat penambah baikan serta kualiti perkhidmatan awam sekarang.

Menerusi video dimuat naik di akaun X @faizfayeshz pada Isnin, gelagat seorang guru yang sedaya upaya mengajar murid-murid di sebuah sekolah merupakan contoh terbaik untuk diikuti para penjawat awam lain.

"Kita yang tengok pun tertekan apatah lagi yang melaluinya, yang ini puas hatilah juga naik gaji pun," tulisnya.

Video itu juga memaparkan pelbagai gelagat murid yang sukar untuk dikawal dengan jumlahnya kira-kira lebih 20 orang dalam satu kelas.

Aksi guru terbabit sekali gus meraih perhatian dan pelbagai reaksi daripada warga maya yang memahami keadaan tersebut.

"Kalau saya sebagai pengajar entah-entah suara satu blok dengar macam kena rasuk. Semoga tabah dan kuatkan iman," komen @marl86lan.

"Memang tertekan, nak suruh diam tu rasa susah. Nak mula mengajar tu ambil masa 30 minit dulu nak suruh diam," tulis @shayisapotato.

Sementara itu, urusan kaunter pejabat-pejabat kerajaan juga dikatakan semakin bertambah baik dan berjalan lancar kerana pelanggan tidak perlu beratur atau menunggu lama untuk berurusan susulan pengumuman kenaikan gaji tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram