TINDAKAN seorang wanita meninggalkan komen jelik dan menghina masyarakat Orang Asli selepas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan, memihak kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menerima kecaman ramai.
Manakan tidak, wanita yang juga seorang guru sekolah agama di Negeri Sembilan itu dilihat seolah-olah merendah-rendahkan masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut.
"Taraf-taraf Orang Asli sahaja penyokong U******p ini," tulisnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi mandi tasik di Kempas, ibu menangis sayu lihat jasad anak lemas diusung keluar
Walaupun dia sudah membuat permohonan maaf, namun tindakannya itu masih membuatkan masyarakat Orang Asli yang lain kecewa.
Ini kerana, sebagai seorang guru, wanita berkenaan tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Saya mohon maaf atas kekhilafan saya menghina masyarakat Orang Asli.
"Saya mengaku kesilapan saya," tulisnya.
Dia turut meminta seorang pengguna media maya untuk memadam hantaran komen jelik yang telah ditularkan.
"Saya mohon tuan padamkan posting ini dan berjanji tidak akan mengulanginya," ujarnya lagi.
Assalamualaikum, saya sebagai wakil dari komuniti Orang Asli cadangkan:
- Cik Asiah Mohamad letak jawatan atau dikenakan tindakan tatatertib dilucutkan jawatan.
Perkara menghina macam ni bukan sekali dua jadi kepada kami.
Mohon jasa baik warga X utk retweet. TQ https://t.co/jP9rywsUtY
— Uncle Barry (@fuzirbarry) August 18, 2024
Susulan itu, seorang pengguna media maya Bahari Pandak meminta pihak yang terlibat mengambil tindakan tegas terhadap guru berkenaan.
"Assalamualaikum, saya sebagai wakil dari komuniti Orang Asli mencadangkan agar guru tersebut letak jawatan atau dikenakan tindakan tatatertib dilucutkan jawatan.
"Perkara menghina macam ni bukan sekali dua jadi kepada kami," tulisnya melalui satu ciapan di X (Twitter) pada Isnin.
Sementara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Putra Hashim menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana guru yang melanggar peraturan-peraturan berkuat kuasa.
“Siasatan lanjut akan dilaksanakan berdasarkan Subperaturan 19(1)(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] berkaitan Pernyataan Awam.
“Berdasarkan peraturan berkenaan, seseorang pegawai awam tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat pernyataan awam yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan dan keputusan kerajaan tentang apa-apa isu,” katanya pada Isnin memetik laporan Kosmo!.
Ujar Putra lagi, kes berkenaan juga akan dirujuk pada para 5.3 (iii), Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 11 Tahun 2023 Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial KPM.
Menurutnya, kakitangan awam KPM tidak boleh membuat atau berkongsi sebarang pernyataan yang menyentuh perkara yang boleh menjejaskan imej dasar kerajaan, maklumat yang tidak sahih, maklumat berbentuk fitnah, hasutan dan lucah.
“Oleh itu pemantauan akan dilaksanakan terhadap guru yang terlibat serta pelaporan akan dibuat oleh Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) JPN Negeri Sembilan,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram