Keluarga Cikgu Istiqomah dibenar tuntut mayat Isnin, hari sama suspek utama dijangka dituduh di mahkamah


  • 112
  • Ahad, 18 Ogos 2024

Istiqomah yang juga seorang guru di SK Kota Masai 3 di Pasir Gudang dilaporkan hilang selepas tidak pulang dari tempat kerja pada 26 Disember tahun lalu.

JENAZAH guru, Istiqomah Ahmad Rozi yang maut dalam kes pembunuhan kejam pada akhir tahun lalu akan diserahkan kepada keluarganya pada Isnin, kata Polis Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, waris diberitahu bahawa mayat ibu kepada tiga anak itu mungkin dituntut di Hospital Melaka selewat-lewatnya jam 2 petang.

“Suspek berusia 37 tahun itu juga akan didakwa di Melaka pada Isnin,” katanya pada Ahad.

BACA LAGI: 3PBI rangka pelan komprehensif tingkat mutu Bahasa Inggeris di sekolah seluruh negara

BACA LAGI: Bekas jurutera petroleum tolak tepi soal untung, buka gim demi bantu orang lain

Istiqomah, 34, yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3 di Pasir Gudang, Johor dilaporkan hilang selepas tidak pulang dari tempat kerja pada 26 Disember tahun lalu.

Kereta mangsa ditemui di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Pasir Gudang pada hari berikutnya.

2862694

Suspek dipercayai merupakan bekas rakan kolej mangsa, dan mereka terlibat dalam urusan perniagaan.

Pada 31 Disember lepas, mayat seorang wanita tanpa kepala ditemui di dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berhampiran Kampung Rimau di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.

Awal bulan ini, polis kemudiannya mengenal pasti mangsa sebagai Istiqomah menerusi ujian DNA yang dijalankan Bukit Aman.

Selepas mengesahkan identiti mangsa, polis Melaka melancarkan siasatan dengan rakan sejawatan mangsa di Johor dan membawa kepada penahanan pasangan suami isteri berusia 30-an di Chemor, Perak pada 5 Ogos lalu.

Suspek lelaki itu kemudian membawa polis menemukan lebih banyak bahagian badan lain milik Istiqomah, di lokasi kira-kira 6km dari tempat mayat mangsa ditemui.

Isteri suspek terbabit dibebaskan dengan ikat jamin selepas didapati tiada kaitan dengan kes itu, kata polis.

Suspek dipercayai merupakan bekas rakan kolej mangsa, dan mereka terlibat dalam urusan perniagaan. — The Star/RSN MURALI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram