KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan menurut nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menghalang penularan wabak mpox di sekolah, menurut menterinya, Fadhlina Sidek.
"Untuk apa sahaja kes berkaitan isu kesihatan, virus atau penularan penyakit, kami akan bertindak berdasarkan panduan KKM," katanya selepas menghandiri projek penyerahan di SMK Bagan Terap dan SK Sungai Hj Dorani di Sungai Besar, Selangor pada Isnin.
Ketika ini, negara sedang bersiap siaga berhubung penularan virus tersebut selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang isytiharkan wabak itu sebagai amaran di peringkat antarabangsa.
BACA LAGI: Sudah diisytiharkan darurat, kanak-kanak berisiko tinggi terkena mpox
BACA LAGI: Sembilan kes jangkitan cacar monyet dilapor di Malaysia babitkan 8 warga tempatan
Fadhlina menegaskan tindakan KPM akan diambil selepas siasatan selesai.
Fadhlina juga sempat menyatakan kementeriannya akan memandang serius berhubung tindakan seorang guur yang memuat naik gambar tentera China pada poster sambutan Merdeka.
Kata belia, tindakan tegas akan diambil terhadap individu tersebut selepas siasatan selesai dilakukan Unit Integriti.
Baru-baru ini, sebuah sekolah menengah menganjurkan pertandingan mencipta buku skrap kemerdekaan dengan meletakkan foto propaganda China yang kemudiannya tular di media sosial sebelum mencetuskan kemerahan.
Namun, menurut guru yang menghasilkan poster berkenaan, dia tidak tahu mengenai perkara itu dan hanya menggunakan gambar yang diambil dari Internet.
Mengulas mengenai Bajet 2025 yang dijangka dibincangkan pada Oktober, Fadhlina berkata, kementeriannya mempunyai perancangan untuk menyalurkan dana terhaap agenda Reformasi Pendidikan.
Ini termasuk perancangan mereka untuk mengembangkan akses kepada prasekolah, memberikan bantuan kepada kanak-kanak berkeperluan khas serta menambah baik pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Berdasarkan perancangan terdahulu, KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sering menerima dana terbesar dari bajet kebangsaan.
"Kami berharap suntikan dana dari Bajet 2025 akan digunakan untuk membawa kami ke tahap lebih tinggi," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram