KERAJAAN bakal mengeluarkan pelab baharu untuk meningkatkan industri sukan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelan tersebut adalah untuk memastikan sukan negara bertambah baik di masa depan.
Ia adalah rentetan daripada misi Malaysia untuk memburu pingat emas tertangguh lagi selepas tidak berjaya melakukannya di temasya Paris 2024 di Perancis.
BACA LAGI: Jumlah pelajar orang asli di IPT, TVET terus meningkat — Zambry
BACA LAGI: Kesihatan PM Anwar berada di tahap optimum — Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Gandingan Aaron-Wooi Yik berikan pingat gangsa buat Malaysia. — MOM
Di Paris, kontinjen negara berjaya membawa pulang dua pingat gangsa daripada acara badminton menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) dan Lee Zii Jia (perseorangan lelaki).
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang berada dalam Sukan Olimpik dan kepada mereka yang melakukannya dengan terbaik. Kita harus menerima keputusan yang ditetapkan.
"Kami berharap pada masa depan, kami akan selesaikan beberapa pelan baharu untuk meningkatkan prestasi sukan negara," kata Anwar pada Isnin.
Sebelum ini, kerajaan sudah mempunyai program Road To Gold dirangka khas untuk atlet-atlet yang berpotensi untuk membawa pingat emas di Sukan Olimpik.
Dengan Sukan Olimpik 2024 sudah berakhir, tumpuan terarah kepada Sukan Paralimpik 2024 yang diadakan di Paris, Perancis bermula 28 Ogos hingga 9 September. — The Star/TARRENCE TAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram