[VIDEO] Import baharu JDT sarung jersi no 7, petanda Jalil Elias sudah tinggalkan Harimau Selatan


  • Podium
  • Ahad, 28 Jul 2024

Jalil Elias hanya merekodkan satu penampilan Liga Super buat skuad Harimau Selatan setakat ini. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

SELEPAS mengumumkan kemasukan Park Jun-heong sebagai pemain pertahanan baharu, Johor Darul Ta'zim (JDT) memperkenalkan seorang lagi rekrut baharu pasukan.

Enzo Lombardo yang sebelum ini berstatus ejen bebas disahkan sebagai pemain skuad Harimau Selatan dalam video pengumuman dikongsikan pada Ahad.

Namun, apa yang menarik adalah apabila penyerang sayap kiri itu akan menyarung jersi bernombor tujuh yang sebelum ini dimiliki pemain tengah, Jalil Elias.

BACA LAGI: 'K-pop in the house', bintang baru JDT boleh bantu cipta rekod untuk Syihan

BACA LAGI: Hatrik pertama Bergson sapu rekod bersih TFC, fans JDT persoal layangan kad merah Ubaidullah

Bekas kapten San Lorenzo FC tersebut menyertai kelab Selatan tanah air berkenaan pada jendela perpindahan lalu dengan reputasi cukup baik berdasarkan nilai pasarannya yang tinggi.

Tidak cukup dengan itu, pengalamannya beraksi di Piala Asia bersama Syria membuatkan orang ramai tidak sabar untuk melihat impaknya buat skuad Harimau Selatan.

Bagaimanapun, selepas tiga bulan Liga Malaysia berlangsung, pemain tengah tersebut hanya merekodkan satu penampilan buat JDT, iaitu ketika aksi pembukaan menentang Negeri Sembilan FC.

'Kehilangan' Jalil sekali gus mewujudkan spekulasi bahawa dia sudah pulang ke kelab lamanya dengan pengumuman Lombardo sebagai pemain baharu pasukan menguatkan lagi khabar angin itu.

"Maknanya Jalil Elias sudah keluarlah ya? Sebelum ini, jersi nombor tujuh dia yang pakai," kata Puan As.

F7N2O5maMAENJqK

Jalil Elias pernah dikaitkan dengan kelab lamanya sebelum ini. Agensi

"Bukankah itu nombor Jalil Elias? Aku rasa Fernando Forestieri juga akan digantikan juga. Padahal main sedap juga dia," kata Muhd Izuddin.

"Sebelum ini, nombor tujuh dipakai Jalil Elias. Adakah dia sudah betul-betul keluar daripada pasukan dan pulang ke kelab lamanya," kata e'Da SuRaida.

Untuk rekod, Lombardo kerap beraksi di divisyen kedua Sepanyol, termasuk RCD Mallorca dan SD Huesca dengan ia adalah satu pengalaman cukup berharga buatnya.

Bagaimanapun, bermula 1 Julai tahun ini, pemain sayap berusia 27 tahun itu tidak terikat selepas kontraknya tidak disambung yang menyaksikannya berstatus ejen bebas.

Ketika ini, posisi sayap kiri skuad Harimau Selatan kerap diisi Juan Muniz yang mula menjadi watak utama dalam misi JDT meneruskan dominasi dalam bola sepak tanah air. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram