[VIDEO] Safee Sali pelik keputusan pengadil FIFA nafi penalti Kedah


  • Podium
  • Sabtu, 20 Jul 2024

Tangkap layar video ketika insiden bola terkena tangan Shahrul (baju putih) dalam kotak penalti semasa perlawanan menentang Kedah pada Jumaat.

BEKAS pemain kebangsaan, Safee Sali terkejut dengan keputusan pengadil, Nazmi Nasaruddin yang tidak memberikan penalti dalam aksi membabitkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat (19 Julai).

Aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024 itu menyaksikan Kedah yang melayani kunjungan JDT di Stadium Darul Aman.

Dalam pertemuan itu, skuad kendalian Hector Bidoglio, meraih kemenangan tipis 2-1 menerusi gol lewat penyerang kebangsaan, Romel Morales.

BACA LAGI: [VIDEO] Hector Hernandez disebut sertai JDT, elak ulangi kegagalan 3 nama besar di Harimau Selatan

BACA LAGI: Langgar kontrak, Kim Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta — FAM

Bagaimanapun perlawanan itu diselubungi kontroversi apabila bola dikatakan terkena tangan pertahanan tengah JDT, Shahrul Saad dalam kotak penalti pada minit-minit akhir perlawanan.

Insiden itu memaksa Nazmi untuk merujuk pegawai sistem bantuan video pengadil (VAR), Faizudin Ismail, sebelum memutuskan untuk tidak menganugerahkan penalti kepada anak-anak buah Nafuzi Zain.

Safee menyifatkan keputusan tersebut mengejutkan kerana bola jelas terkena tangan Shahrul dalam kotak penalti.

Atas sebab itu, bekas pemain JDT itu menyifatkan penalti sepatutnya diberi kepada Kedah dalam aksi berkenaan.

"Saya terkejutlah dengan keputusan yang dibuat Nazmi. Masa gol pertama JDT, kita bicarakan tentang terjahan lembut yang tak patut dilakukan dan dia melakukan keputusan yang baik.

"Tapi dalam situasi dakwaan penalti, itu keputusan yang meragukan sebab itu penalti yang jelas. (Menerusi) VAR ini, kita dapat memastikan keadaan itu betul, pasti atau tidak.

"Selalunya, itu akan memberi kelebihan kepada pasukan menyerang dan memberi masalah kepada pasukan yang bertahan. Benda itu memang terkena tangan (Shahrul) dan itu memang jelas penalti," katanya semasa merumuskan perlawanan Kedah-JDT di Astro Arena.

Harimau Selatan membawa bekalan 2-1 untuk aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada 3 Ogos ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram