Drama VAR, gol minit akhir bikin aksi dramatik JDT-Kedah bersambung di SSI


  • Podium
  • Jumaat, 19 Jul 2024

Pertembungan cukup mendebarkan disaksikan antara skuad Harimau Selatan dan Sang Kenari. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) meraih kelebihan pada separuh akhir pertama Piala FA 2024 selepas menumpaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan keputusan 2-1 di Stadium Darul Aman, Kedah pada Jumaat, sekali gus membawa bekalan selesa menjelang separuh akhir kedua di laman sendiri dua minggu lagi.

Skuad Harimau Selatan memperolehi gol pendahuluan pada babak pertama selepas bek kiri, Oscar Arribas menyempurnakan peluang daripada umpanan kemas Heberty Fernandes.

Bersambung babak kedua, serangan digandakan kedua-dua pasukan, terutamanya daripada skuad Sang Kenari yang berkali-kali melakukan percubaan terhadap gawang lawan.

BACA LAGI: Tempang tanpa Syafiq, masa Nafuzi lancarkan gandingan Assifuah-Gordic berdepan JDT

BACA LAGI: Penjaga gol warisan ke JDT sudah dikesan, rupanya pernah sarung jersi Real Madrid

452007451_1056012385894737_7627031455063719072_n

Oscar Arribas meletakkan skuad Harimau Selatan di hadapan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Usaha itu akhirnya membuahkan hasil selepas pemain tengah, Habib Haroon mengambil peluang daripada kekecohan dalam kotak penalti JDT.

Sepakan percuma diambil Sony Norde ditanduk ke arah pintu gol oleh Ebenezer Assifuah sebelum diselamatkan Syihan Hazmi menerusi satu tepisan cukup kemas.

Bola muntah itu kemudiannya tiba di kaki Habib yang menyempurnakan peluang meskipun Syihan dan Feroz Baharudin cuba menutup peluang tersebut.

Tidak lama selepas itu, KDA FC berpeluang mendapatkan gol pendahuluan selepas terdapat kemungkinan bek kanan skuad Harimau Selatan, Shahrul Saad menggunakan tangan untuk menutup peluang.

451818585_521170490264133_1043668548270988135_n

Habib Haroon hampir memastikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri. — Facebook/KDA FC

Bagaimanapun, semakan pengadil perlawanan, Nazmi Nasarudin menggunakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati pemain itu tidak melakukan sebarang kesalahan.

Kealpaan skuad Sang Kenari kemudiannya dimanfaatkan skuad Harimau Selatan selepas Romel Morales menampan masuk bola menerusi sepakan penjuru.

Gol itu jelas mencukupi buat skuad Harimau Selatan meraih kelebihan menjelang aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 4 Ogos depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram