KEHADIRAN pesawat tempur di ruang udara sekitar Selangor terutamanya di Kampung Jawa, Klang dan Subang sejak Khamis menimbulkan 1001 satu persoalan dalam kalangan pengguna media sosial.
Apatah lagi ia, melibatkan pesawat tempur milik negara luar dan melalui kawasan perumahan awam..
Kehadiran beberapa pesawat tempur yang didakwa berlegar-legar di ruang udara itu turut menimbulkan pelbagai spekulasi dan kegusaran orang awam.
BACA LAGI: [VIDEO] Majlis sambut besan Indonesia bertukar tragedi berdarah, YB tertembak tetamu hingga maut
BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan potong ayam, penduduk kampung di Indonesia kaget rupanya ‘kawan makan kawan’
Susulan daripada itu, seorang warga maya yang juga dipercayai juruterbang, Kapten Muhammad Haziq Hafizan tampil menjelaskan kejadian tersebut.
Katanya, pesawat tempur yang dilihat di ruang udara berkenaan adalah milik Tentera Udara Itali atau lebih dikenali sebagai Aeronautica Militare (Italian Air Force).
"Pesawat terdiri dari Boeing KC-767 dan pesawat pejuang F-35A. Kedua-dua pesawat itu singgah di Lapangan Terbang Subang, Selangor untuk mengisi minyak sebelum menuju ke Darwin, Australia bagi menghadiri Latihan Ketenteraan Antarabangsa Exercise Pitch Black 2024.
"Latihan ini turut disertai oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)," tulisnya dalam satu ciapan di laman X (Twitter) miliknya pada Khamis.
Kehadiran pesawat tempur di ruang udara sekitar Selangor terutamanya di Kampung Jawa, Klang dan Subang sejak Khamis menimbulkan 1001 satu persoalan dalam kalangan pengguna media sosial.
Apatah lagi ia, melibatkan pesawat tempur milik negara luar. pic.twitter.com/jBnNP7A8Ix
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) July 12, 2024
Tambah Muhammad Haziq lagi, pesawat tentera asing singgah untuk isi minyak di Subang adalah perkara normal dan warga setempat tidak perlu panik.
Rakyat Malaysia terutama yang berada di sekitar kawasan Subang dan Klang tidak perlu panik apabila terlihat atau melihat aktiviti pesawat-pesawat tentera yang meningkat sejak kebelakangan ini.
"Perkara normal bagi mana-mana pesawat tentera asing untuk singgah mendarat di Subang bagi mengisi minyak serta ulang bekal sebelum pergi ke destinasi yang jauh seperti Australia.
"Sudah semestinya kebenaran telah diberikan untuk mereka terbang dan mendarat masuk di Malaysia," katanya.
Untuk makluman, Latihan Ketenteraan Antarabangsa Exercise Pitch Black 2024 bermula pada 12 Julai hingga 2 Ogos yang dioperasikan secara berpusat di Pangkalan Udara Royal Australia Air Force Darwin, Tindal dan Amberley.
Seramai 66 anggota dan 37 pegawai serta tiga pesawat tempur milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berlepas dari Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.
TUDM kali ini menghantar anggota bersama tiga buah pesawat tempur jenis F/A 18D Hornet bersama sebuah pesawat pengangkut Airbus A400M.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram