SEORANG pempengaruh media sosial cedera parah ketika dia bersiaran secara langsung di sebuah jalan raya pada Selasa.
Difahamkan kejadian itu berlaku pusat pelancongan Tasik Qinghai di Bandar Gonghe, Hainan dekat Qinghai, China.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Yingying ketika kejadian sedang bersiaran secara langsung di kawasan tersebut sebelum sebuah kenderaan komersial berwarna hitam secara tiba-tiba melanggarnya dari belakang.
BACA LAGI: [VIDEO] Padah bermulut puaka, enggan bayar hutang lelaki maut dibakar rakan di Kemboja
BACA LAGI : [VIDEO] Ingatkan potong ayam, penduduk kampung di Indonesia kaget rupanya ‘kawan makan kawan’
Video kejadian malang itu juga tular di laman media sosial sejak Khamis dan menjadi bualan ramai di seluruh dunia.
Menerusi video yang dikongsikan, kenderaan itu dilihat hilang kawalan terlebih dahulu dan terus merempuhnya dari belakang. Impak daripada rempuhan itu menyebabkan Yingying terhentak dan rakaman itu terus terhenti.
Baru nak live dah kena 'jackpot'.
Berita lanjut bakal menyusul... pic.twitter.com/5N2yKVs3iM
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) July 5, 2024
Memetik laporan yang dikongsikan daripada Weibo, Yingying mengalami keretakan di bahagian tulang belakangnya dan perlu berehat untuk tempoh masa yang lama.
Menurut Yingying kejadian itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan jalan tersebut merupakan jalan dua hala dan mangsa berada di bahu jalan ketika kejadian.
"Kereta hitam itu pada mulanya melanggar kenderaan lain sebelum terbabas dan melanggar saya dari belakang,"katanya.
Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan sama ada pemandu tersebut telah ditahan untuk dikenakan tindakan undang-undang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram