Pelakon lelaki berbadan sasa pukul teman wanita hadir beri keterangan bersama bapa — Polis


  • 112
  • Khamis, 11 Jul 2024

Seorang pelakon lelaki bertubuh sasa didakwa membelasah kekasihnya dalam satu kejadian di Ara Damansara dekat Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu.

PELAKON lelaki kontrovesi bertubuh sasa yang didakwa memukul teman wanitanya, Ahad lalu disahkan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, pelakon tersebut hadir ditemani bapanya pada pukul 9 malam.

“Pelakon terbabit tidak ditahan dan hanya diambil keterangan.

BACA LAGI : Teman wanita dakwa dibelasah pelakon lelaki kontroversi berbadan sado dalam SUV pagi-pagi buta di Ara Damansara

BACA LAGI : [VIDEO] Influencer wanita retak tulang belakang dirempuh kereta ketika 'live' di China

“Rakaman percakapan kakak mangsa juga sudah diambil. Kertas siasatan akan dikemukakan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut, ” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Majoriti melaporkan, seorang wanita mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, Petaling Jaya pada 7 Julai lalu.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi Sabtu itu, mangsa keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram