
BARU-BARU ini, sebuah sindiket yang menggunakan modus operandi dengan menawarkan khidmat urutan badan dan pelacuran pada kadar RM100 hingga RM400 oleh wanita warga asing tumpas apabila diserbu Jabatan Imigresen.
Dalam serbuan yang diadakan pada Khamis itu, 75 individu telah ditahan dalam satu operasi khas di lapan lokasi sekitar Lembah Klang.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, modus operandi sindiket ialah menawarkan perkhidmatan urutan badan serta pelacuran dan pelanggan akan hadir sendiri ke premis serta memilih wanita warga asing berdasarkan katalog yang diberikan.
BACA LAGI: [VIDEO] Influencer wanita retak tulang belakang dirempuh kereta ketika 'live' di China
BACA LAGI : [VIDEO] Wanita Pontianak hilang nyawa jatuh treadmill, terpelanting dari tingkat 3 gimnasium
"Pelanggan juga boleh memilih wanita warga asing dengan menggunakan foto mereka melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp.
"Bayaran secara tunai akan diberikan kepada penjaga premis semasa pelanggan mula memasuki bilik dan kadar bayaran yang dikenakan ialah antara RM100 hingga RM400 bagi satu jam," katanya.
Susulan daripada penangkapan tersebut, rata-rata warga maya berharap agar kesemua warga asing yang ditangkap dikenakan hukuman tegas dan dihalau dari negara.
Menurut seorang warga maya, Syafeq Mohd Nor berkata, walaupun kebanjiran warga asing ke negara ini untuk memenuhi keperluan tenaga buruh, namun pelbagai kes jenayah turut dilaporkan melibatkan mereka.
"Kemasukan tambahan pekerja asing ini juga sering kali dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial, termasuk isu pelacuran yang tidak berkesudahan di Lembah Klang dan Kuala Lumpur.
"Membawa masuk pekerja asing secara berlebihan merupakan punca utama masalah aktiviti persundalan dan pelacuran ini tidak dapat diselesaikan," katanya.
Sementara itu, seorang lagi warga maya, Mohd Zulkurnain turut mencadangkan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) terutamanya pihak Imigresen mengambil tindakan tegas.
"KDN sekat kemasukan tambahan pekerja asing. Inilah punca masalah pelacuran tengah kota tidak selesai. Salah satu cara untuk atasi ialah batal permit dan hantar balik pekerja asing lelaki yang jadi pelanggan aktiviti tidak bermoral.
"Contohi Singapura, pekerja asing terlibat dengan masalah terus hantar balik," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram