[VIDEO] Saksi mengucap panjang lihat motor tiba-tiba rempuh belakang lori di Kota Damansara


  • Tular
  • Sabtu, 06 Jul 2024

Tangkap layar seorang penunggang motosikal dipercayai cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah lori di Lebuhraya PLUS pada Jumaat.

SEORANG penunggang motosikal dipercayai cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke Sungai Buloh, Selangor pada Jumaat.

Insiden malang itu turut berjaya dirakam kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan orang awam di lokasi kejadian.

Berdasarkan maklumat yang tertera dalam rakaman itu, kejadian tersebut berlaku pada pukul 3 petang.

BACA LAGI : [VIDEO] Influencer wanita retak tulang belakang dirempuh kereta ketika 'live' di China

BACA LAGI : [VIDEO] Bengang kena kejar pasal hutang, 2 sahabat bunuh, tanam pegawai koperasi dalam dinding kedai baju di Palembang

Klip kemalangan berkenaan turut di muat naik di laman X, pada hari yang sama.

"Kemalangan motor dengan lori. Lokasi di Tanjakan maut Kota Damansara," tulis pentadbir laman X @update11111.

Melalui video berdurasi kurang seminit, penunggang motosikal berkenaan berada di laluan kiri jalan.

Namun secara tiba-tiba, mangsa dilihat seperti hilang kawalan dan merempuh belakang lori berkenaan.

Impak daripada rempuhan tersebut menyebabkan mangsa terpelanting ke tepi jalan.

Turut kedengaran suara seorang wanita, dipercayai penumpang pemilik kenderaan tersebut menjerit terkejut.

"Lailahaillallah (mengucap). Macam mana dia (mangsa) boleh langgar?" jeritnya.

Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan keadaan mangsa dan belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram