[VIDEO] Majlis sambut besan Indonesia bertukar tragedi berdarah, YB tertembak tetamu hingga maut


  • Benua
  • Isnin, 08 Jul 2024

Tangkap layar kejadian seorang tetamu maut selepas terkena peluru di sebuah majlis perkahwinan di Indonesia.

MAJLIS perkahwinan di Indonesia bertukar tragedi berdarah apabila seorang tetamu maut selepas terkena peluru pada Sabtu.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Mataram dekat Libo Tengah, Indonesia itu, mangsa yang dikenali sebagai Salam, 35 maut di tempat kejadian selepas ditembak seorang wakil rakyat.

Menurut Ketua Polis Lampung, Umi Fadillah Astutik, insiden itu berlaku ketika majlis istiadat menyambut keluarga besan pada resepsi perkahwinan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Padah berdiri tepi pintu, nenek tercampak keluar ketika bas ambil selekoh tajam

BACA LAGI: [VIDEO] Influencer wanita retak tulang belakang dirempuh kereta ketika 'live' di China

"Waktu kejadian ada majlis menyambut keluarga besan pada masa yang sama.

"Suspek Muhammad Saleh Mukadam pula ditugaskan sebagai individu yang bertanggungjawab untuk melepaskan tembakan kerana dia merupakan tetamu istimewa dan juga ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD)," katanya.

Tambah beliau lagi, ketika suspek memeriksa senjata tersebut, dia secara tidak sengaja memetik picu pistol berkenaan kerana menyangka ia tidak berisi.

"Ketika melepaskan tembakan, peluru tersebut terus terkena mangsa yang duduk bersama tetamu yang lain.

"Jarak antara mangsa dan suspek hanya 15 ke 20 meter sahaja.

"Mangsa maut di tempat kejadian ekoran cedera parah di kepala. Peluru itu terkena di kening kanan mangsa,"ujarnya.

anggota-dprd-lampung-tengah-m-saleh-mukadam-berbaju-tahanan_169

Muhammad Saleh (tengah) kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut. — Agensi

Jelas Umi lagi, Muhammad Saleh dijemput keluarga pengantin dan sudah menjadi adat tradisi Lampung untuk tetamu kehormat untuk melepaskan tembakan ke udara pada ketika istiadat menyambut besan.

"Suspek pada ketika ini sudah ditahan dan pihak kami sedang menjalankan siasatan lanjut.

"Pihak polis turut merampas pistol dan beberapa butir peluru yang digunakan pada waktu kejadian," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram