Kita harap Sarawak tanggung sedikit kos — Sanusi


  • Podium
  • Rabu, 10 Jul 2024

Mohammad Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas mesyuarat EXCO pada Rabu.

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor berharap agar Sarawak menanggung sebahagian kos untuk menghantar kontinjen negeri itu ke Sukan Malaysia (SUKMA).

Menerusi laporan FMT, Sanusi berkata, permintaan itu dibuat selepas kerajaan negeri dijangka terpaksa menanggung kos yang tinggi termasuk bagi perbelanjaan tiket perjalanan dan membawa peralatan yang melibatkan beberapa kontena.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita tersepit bawah tayar kereta ditimpa kayu balak dekat Gua Musang

BACA LAGI: Bapa Baby Syifa ditahan polis, disyaki terlibat kes seleweng yuran guaman

“Kita akan hantar kontinjen ke Sarawak tetapi bila jauh kos agak tinggi sedikit. Saya rasa negeri lain juga sama.

“Kos untuk menyertai Sukma tahun ini agak tinggi berbanding tahun sebelum ini. Kita juga berharap tuan rumah (Sarawak) tanggung sedikit kos. Banyak peralatan kena bawa.

“Dengan susah-payah ini, kita akan menyertai juga atas semangat kesukanan dan menjayakan SUKMA di Sarawak.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mesyuarat EXCO pada Rabu.

Media melaporkan, persiapan bagi penganjuran SUKMA 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos ini sudah mencapai lebih 90 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sukma 2024 yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datu Hii Chang Kee berkata walaupun berdepan pelbagai cabaran, namun beliau yakin persiapan yang kini berada di peringkat akhir akan berjalan lancar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram