PERSIAPAN rapi sudah diatur Majlis Paralimpik Malaysia menjelang temasya yang bakal berlangsung di Paris, Perancis bermula 28 Ogos sehingga 8 September depan.
Selain sudah memberikan latihan mencukupi bagi atlet yang bakal bertanding, perbadanan tersebut turut melancarkan pakaian rasmi bagi kontinjen dalam satu majlis pada Selasa.
Corak cukup berbeza dipilih berbanding pakaian atlet Olimpik dengan warna serba putih dipilih berserta hiasan jalur ditampilkan.
BACA LAGI: Bekas atlet paralimpik kecewa disekat masuk Stadium Ipoh, CEO janji ambil tindakan
Atlet renang para, Imraan Aiman mengenakan pakaian baharu bagi kontinjen Paralimpik. — X/NPC Malaysia
Pakaian berkenaan jelas menerima respons cukup memberangsangkan apabila penyokong mendapati warna-warna pada Jalur Gemilang diterapkan untuk 'leisure wear' atlet paralimpik.
"Ini baru fresh. Kalau tidak, hanya corak belang harimau berwarna oren sahajalah yang digunakan. Boleh sahaja bukan guna warna Jalur Gemilang untuk hasilkan pakaian sukan?" kata Na'imah Al-Habsyi.
"Haa, boleh pun pakai warna bendera negara. Asyik-asyik gunakan warna hitam dan oren sahaja, seakan-akan masih pada tahun 2000-an," kata Crimson and Clover.
"Warna Jalur Gemilang memang cantik, rugilah sekiranya tidak digunakan sepenuhnya dalam rekaan. Asyik guna warna oren dan belang hitam sahaja," kata Euphoria.
Sambutan tersebut adalah amat berbeza sekiranya hendak dibandingkan dengan rekaan pakaian atlet Olimpik yang akan bersaing pada pertengahan Ogos.
Di samping warnanya yang memaparkan kelainan daripada kebiasaan, majlis perasmian dianjurkan dengan menampilkan peserta Paralimpik menaikkan lagi semangat dalam kalangan orang ramai untuk terus memberi sokongan.
Majlis perasmian itu turut menyaksikan penyokong mengharapkan kontinjen Paralimpik dapat membawa pulang pingat emas seperti mana pernah diraih tahun-tahun sebelum ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram