Skuad Olimpik akan sarung baju rekaan Rizman Ruzaini


  • Podium
  • Khamis, 04 Jul 2024

Pereka fesyen tempatan, Ruzaini Wan Jami (kiri) dan Rizman Nodin (tengah) menghasilkan rekaan baju bagi majlis perasmian Sukan Olimpik Paris pada 26 Julai nanti.

KONTINJEN negara akan menyarung pakaian berinspirasikan baju Melayu rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini sewaktu majlis perasmian Sukan Olimpik Paris pada 26 Julai nanti.

Perkata itu disahkan Ketua Kontinjen Negara (CDM) Olimpik Paris Datuk Hamidin Mohd Amin.

Difahamkan, perkara itu turut akan diumumkan kepada orang ramai tidak lama lagi.

BACA LAGI: Cipta busana Naomi dan Lady Gaga, Adele dan Beyonce kini dalam ‘list’ Rizman Ruzaini

BACA LAGI: [VIDEO] 'Niat kita ALLAH yang tahu', Raffi Ahmad jelaskan cuma mahu abadi kenangan selepas dikutuk buat haji demi konten

“Ia akan bertemakan baju Melayu dan akan menjadi tradisional.

"Kami telah memuktamadkan reka bentuk dan akan menunjukkannya kepada umum tidak lama lagi,” katanya semasa sidang media di Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Rizman Ruzaini, baru-baru ini hangat diperbualkan serata dunia selepas penyanyi terkenal, Lady Gaga dilihat memakai rekaan gemerlapan yang dihasilkan mereka dalam sebuah pertunjukan di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Tidak hanya itu, jenama Rizman Ruzaini juga digunakan ramai artis tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Nur Fazura, Fasha Sandha dan Elfira Loy. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram