Jangan kerana tewas PRK Sungai Bakap, Kerajaan Perpaduan tarik 'handbrake' laksana dasar ekonomi tak popular


  • Massa
  • Isnin, 08 Jul 2024

Calon PN, Abidin menang dengan majoriti 4,267 undi selepas berjaya memperolehi 14,489 undi dalam PRK Sungai Bakap yang berlangsung pada Sabtu.

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan Kerajaan Perpaduan gagal untuk merampas kembali kerusi tersebut daripada penguasaan Perikatan Nasional (PN).

Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin tewas dengan majoriti undi yang besar iaitu 4,267 undi apabila memperolehi 10,222 undi berbandingnya lawannya yang mewakili PN, Abidin Ismail yang berjaya mendapat 14,489 undi.

Kejayaan PN untuk melakar kemenangan dengan majoriti lebih besar itu pastinya memberikan tamparan hebat kepada Kerajaan Perpaduan yang ketika ini turut menjadi kerajaan negeri di Pulau Pinang.

BACA LAGI: Kemasukan matrikulasi: Penekanan berlebihan terhadap meritokrasi berpotensi tingkat jurang sosioekonomi

BACA LAGI: Aktivis politik kena panggil polis dan MCMC, Tian Chua kritik kebebasan bersuara makin terancam sekarang

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lepas Allahyarham Nor Zamri Latiff, yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Kekalahan tersebut pastinya memberikan tekanan politik terhadap Kerajaan Perpaduan yang ketika ini dilihat sedang dalam rangka untuk melaksanakan perubahan besar dalam pentadbiran negara.

Pada masa sama, kekalahan itu juga hadir tidak sampai beberapa minggu selepas kerajaan mula melaksanakan penyasaran subsidi diesel pada bulan lalu.

Abidin taking a wefie with the Perikatan Nasional election machinery worker. (July 7,2024) —ZHAFARAN NASIB/The Star

Abidin yang berjaya mendapat 14,489 undi pada PRK Sungai Bakap bergambar bersama pengundi di kawasan itu.

Menerusi tinjauan dilakukan, rata-rata penganalisis mengakui penyasaran subsidi dan kesannya yang meliputi kenaikan kos sara hidup menjadi antara isu mendapat perhatian pengundi sepanjang tempoh berkempen.

Malah, terdapat juga pihak berpandangan bahawa keputusan PRK Sungai Bakap itu melambangkan penolakan pengundi terhadap usaha reformasi ekonomi yang sedang cuba dilaksanakan kerajaan ketika ini.

Situasi terbabit juga dijangka menyebabkan kerajaan kini berada dalam tekanan khususnya dalam menjalankan beberapa perubahan penting yang tidak popular dan sangat diperlukan untuk memastikan daya saing ekonomi negara.

Bagaimanapun, di sebalik keputusan negatif diperolehi Kerajaan Perpaduan dalam PRK Sungai Bakap itu, terdapat juga warga maya berpandangan bahawa perkembangan terbabit tidak seharusnya menjadi punca kerajaan untuk tidak melaksanakan reformasi yang perlu dibuat terhadap pentadbiran negara.

Ini kerana menurut mereka, kerajaan seharusnya mengambil pendirian yang lebih bersifat jangka panjang demi kepentingan negara dan tidak terpengaruh dengan apa yang berlaku dalam pilihan raya kecil berkenaan.

"Jangan kerana keputusan ini, kerajaan ambil keputusan untuk tarik hand brake dari membawa dasar yang penting tapi tak popular," ujar SaifulAdn.

Petrol prices being displayed at an digital board outside petrol station. The government planning to implement a price control programme on  RON95 petrol, diesel and LPG, which is expected to involve subsidies of RM6bil this year. — YAP CHEE HONG/The Star

Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel menjadi antara isu yang mempengaruhi keputusan PRK Sungai Bakap yang berlangsung pada Sabtu lalu.

"Satu kerusi dari 600 kerusi DUN tak menggambarkan sentimen keseluruhan rakyat. Menang pilihan raya ini sekadar nak menang ke sebab nak buat dasar yang baik? Jalan je, ada duit lebih tu, bagi jawatan tetap kepada semua doktor kontrak dan naikkan gaji sekali. Teruskan," ujar Jon__Do.

"Teruskan demi kelangsungan generasi akan datang. Kalau baca kajian atau laporan berkaitan negara memang agak mengerikan terutamanya berkaitan kewangan negara. Sebab negara kita bakal jadi negara menua menjelang tahun 2035 dan perlukan hasil yang tinggi untuk tampung perbelanjaan yang semakin meningkat," kata marhaen_aku.

Dalam pada itu, seorang pengguna X, najib_bakar_ berkata, 2024 sememangnya dijangka menjadi tahun mencabar buat Kerajaan Perpaduan kerana keperluan untuk melaksanakan dasar yang tidak popular seperti penyasaran subsidi.

Ujarnya, kenyataan sedemikian adalah merupakan risiko yang perlu dihadapi kerana kerajaan tidak boleh bertangguh hanya semata-mata untuk menghadapi PRK.

"Hari itu, masa awal dengar kemungkinan ada PRK, semasa bekas ADUN Sg Bakap arwah masuk hospital, kami terfikir, 'dah nak kena tangguh pula ka diesel ni?' Boleh ka nak tangguh?

"Tentu boleh, kalau matlamat utama cuma nak menang pilihan raya kecil DUN yang tidak mengubah status quo kerajaan negeri dan pusat. Tapi, kenapa tak tangguh saja pengumuman penyasaran tu? Buat lepas PRK la," ujarnya.

Joohari (red cap) during a walkabout while campaigning at the Sungai Bakap night market in Taman Pekatra Indah. — CHAN BOON KAI/The Star

Kekalahan Joohari di Sungai Bakap bukan alasan buat Kerajaan Perpaduan meneruskan dasar ekonomi tidak popular.

Berdasarkan daripada dokumen Belanjawan 2024, dia berkata, negara cuma memiliki RM90 bilion, iaitu tidak sampai satu perempat daripada keseluruhan belanjawan untuk perbelanjaan pembangunan melibatkan pembinaan infrastruktur air, sekolah, hospital dan jalan.

Katanya, situasi itu berlaku kerana sebahagian besar daripada perbelanjaan negara ketika ini iaitu RM393.8 bilion sudah diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus termasuk pembayaran pencen, hutang dan subsidi.

"Tapi negara perlu membangun, perlu maintenance, perlu ditambah baik. Sebab itu penyasaran diesel itu kena bermula Jun, supaya ada sebahagian portion subsidi dalam perbelanjaan tu dapat dipindahkan ke perbelanjaan pembangunan nanti.

"Kalau penyasaran diesel tidak bermula pada bulan Jun hari itu, penjimatan yang disasarkan menjelang hujung tahun ini takkan dapat dicapai.

"Jadi, nak betulkan negara untuk jangka masa panjang, atau nak menang PRK DUN yang tidak signifikan untuk kuasa di negeri dan pusat?" soalnya.

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim speaks during a press conference after special meeting on ' Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022' at the prime office in Putrajaya . (27/11/2022). —AZHAR MAHFOF/The Star

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Dalam berdepan dilema tersebut, dia berkata, kebanyakan ahli politik akan mengambil jalan mudah dengan lebih memberikan tumpuan untuk memenangi pilihan raya.

"Boleh sahaja PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) ambil langkah kekalkan subsidi diesel dengan cara keluarkan bon kerajaan, dapatlah duit. Itu cara banyak PM (perdana menteri) sebelum ni.

"Tak payah sasarkan subsidi diesel pun. Kekalkan saja. Tapi, apa akan jadi kepada belanjawan negara tahun demi tahun? Daripada 22.9 peratus perbelanjaan pembangunan, ia akan semakin mengecil dan mengecil.

"Portion subsidi dan pembayaran hutang akan semakin besar dan besar. Dalam 10 dan 20 tahun lagi, siapa yang jadi kerajaan masa tu, tak ada portion perbelanjaan pembangunan yang baik untuk pembangunan negara. Pelabur pun takkan masuk, sebab pengurusan negara dilihat lemah," tulisnya.

Sehubungan itu, najib_bakar_ berkata, kerajaan dilihat sepatutnya diberikan masa untuk melaksanakan perubahan ekonomi yang sedang dilaksanakan ketika ini antaranya termasuk pelaksanaan dasar gaji progresif dan usaha menarik pelaburan luar.

Menurutnya, meskipun kesan langkah itu masih belum boleh dirasai ketika ini, kesemua dasar tidak popular itu adalah perlu untuk dijalankan,

"Kesimpulannya, dasar ekonomi yang insya-ALLAH akan mengangkat negara sedang berjalan. Ia perlu disekalikan dengan penjimatan daripada penyasaran subsidi dan dasar tidak populis yang lain.

Ya, tahun ini adalah tahun yang sakit untuk penyokong kerajaan. Silap-silap ada yang beralih sokongan. Tapi pengundi atas pagar ni kebanyakannya mengundi kerana faktor ekonomi.

"Bila ekonomi negara dapat dirasai baik oleh rakyat bawahan dalam satu dan dua tahun lagi, fahamlah semua kenapa buat dasar tak populis pada waktu ini," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram