Ahli kariah buat tuduhan burukkan PMX, kononnya dapat info Perang Dunia Ketiga


  • Massa
  • Selasa, 02 Jul 2024

Seorang ahli kariah surau mengejutkan orang ramai dengan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai agenda rahsia politik yang mahu bergabung dengan Israel.

TULAR di media sosial apabila seorang ahli kariah sebuah surau mengejutkan orang ramai dengan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai agenda rahsia politik yang mahu bergabung dengan Israel.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh @adamyusuf88 di laman X memaparkan individu tersebut dipercayai menerima maklumat tersebut daripada setiausaha sulit orang politik.

Menurut individu itu, perang dunia ketiga didakwa akan meletus menjadi faktor Perdana Menteri bergabung dengan Israel.

BACA LAGI: Penyasaran subsidi diesel tunjuk kesan positif, Amir Hamzah beritahu Dewan Rakyat

BACA LAGI: TVET bantu pelajar gagal SPM lanjut pelajaran Ijazah Sarjana Muda

WhatsApp Image 2024-07-02 at 16.42.09 (1)

Tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp.

"Saya dapat info dari setiausaha sulit orang politik, agenda rahsia politik PMX memang nak bergabung dengan Israel kerana perang dunia ketiga tak lama lagi nak meletus.

"Jadi, bila semua aset strategik kerajaan diberikan kepada Israel, Israel dan Amerika tak akan serang Malaysia sebab kepentingan Israel ada dalam Malaysia," tulisnya dalam tangkap layar di WhatsApp.

Bagaimanapun, terdapat juga ahli kariah yang tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tuduhan berat.

"Huh berat tuduhan ni, dah tabayyun ke?," katanya.

Bagaimanapun individu tersebut berkata, dia cuma memperolehi maklumat berkenaan.

"Saya dapat info sahaja tuan," katanya pula.

Susulan itu, ramai warga maya berpendapat agar kes berkenaan dipanjangkan ke pihak berkuasa agar penyebaran maklumat palsu tidak berleluasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram