Nidzam mahu anak buah fokus, JDT tetap tenang


  • Podium
  • Isnin, 01 Jul 2024

JDT meraih kemenangan selesa selepas menundukkan Malaysian University 5-0 pada aksi suku akhir pertama Piala FA. — Facebook/MFL

DUA pasukan gergasi tanah air, Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih keputusan berbeza dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA 2024 pada Sabtu.

Selangor FC perlu bangkit semula selepas tewas 2-1 di tangan Kuching City FC, manakala pendahulu Liga Super 2024, JDT melakar kemenangan besar 5-0 ke atas wakil Liga A1 Semi Pro, Malaysian University FT (MUFT).

Susulan kekalahan 2-1 itu, The Red Giants terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan kelebihan gol pada aksi timbal balik di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 6 Julai nanti.

BACA LAGI: [VIDEO] Dituduh buat isyarat tak sopan, Bellingham jawab hanya gurauan rakan akrab

BACA LAGI: [VIDEO] Pemain badminton China rebah, meninggal dunia ketika tunggu servis lawan

WhatsApp Image 2024-07-01 at 13.28.40 (1)

Selangor terpaksa menelan pahit selepas tewas 2-1 aksi pertama suku akhir Piala FA. — Facebook/MFL

Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil berkata, masih ada harapan untuk Gergasi Merah meraih kemenangan aksi timbal nanti.

Meskipun terdapat gangguan di luar padang ketika ini berhubung hukuman yang dikenakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Nidzam berharap agar perkara tersebut tidak mengganggu fokus anak-anak buahnya.

"Selangor bermain sangat baik masa kedua dan saya tidak sabar untuk meraih kemenangan di laman sendiri nanti.

"Tiada faktor lain mengapa kami tewas di tempat lawan dan saya harap Selangor akan fokus untuk perlawanan seterusnya.

"Benteng pertahanan Kuching City perlu diberi pujian kerana mereka berjaya menyekat jentera serangan kami," katanya.

Tiga gol yang terhasil di Stadium Negeri, Kuching adalah menerusi penyerang Selangor FC, Ronnie Fernandez dan dua pemain The Cats iaitu James Okwuosa serta Jordan Mintah.

Sementara itu, pengendali JDT Hector Bidoglio berkata, meskipun meraih jaringan besar namun skuad Harimau Selatan enggan mengambil mudah aksi timbal balik Jumaat nanti.

“Kami tidak mahu berasa selesa walaupun selepas menang 5-0 kerana apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.

"Apa yang saya nampak, JDT mengalami kesukaran pada masa pertama untuk mencari gol kerana kekuatan benteng pertahanan MUFT.

"Bagaimanapun, masa kedua aksi tersebut kami banyak mencipta peluang dan empat gol terhasil," katanya.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor menyaksikan lima gol berjaya dicetak oleh La'vere Corbin Ong, Shahrul Saad, Romel Morales yang masing-masing menyumbat satu gol dan dua jaringan diledak menerusi Francisco Geraldes. — The Star/S.SAKTESH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram