Penyasaran subsidi diesel tunjuk kesan positif, Amir Hamzah beritahu Dewan Rakyat


  • Primer
  • Selasa, 02 Jul 2024

Penyasaran subsidi diesel kini menunjukkan kesan positif dalam usaha menangani aktiviti penyeludupan bahan api di Malaysia. — Gambar hiasan

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mendedahkan bahawa pendekatan penyasaran semula subsidi diesel baru-baru ini menunjukkan kesan positif dalam mengurangkan ketirisan di Malaysia.

Beliau berkata, penurunan jualan purata harian di stesen minyak Semenanjung Malaysia dan kawasan sempadan jelas membuktikan pengurangan dalam aktiviti penyeludupan bahan api berkenaan.

"Jualan purata harian di stesen minyak Semenanjung Malaysia berkurang lebih 30 peratus dan stesen di kawasan sempadan turun lebih ketara iaitu di antara 40 peratus dengan 50 peratus setakat ini jika dibandingkan jualan runcit diesel sebelum dan selepas penyasaran semula subsidi," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa.

BACA LAGI: Kerajaan teliti keperluan rasionalisasi subsidi petrol RON95

BACA LAGI: Johor bukan rakan kongsi istimewa seperti Sabah dan Sarawak — Pakar Perlembagaan

Finance Minister II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan giving a speech at the 'Property report 2023'  launch at   at Insitut Pernilaian Negara (INSPEN) in Kajang.(6/3/202). —AZHAR MAHFOF/The Star

Amir Hamzah menjelaskan bahawa penurunan itu sebagai bukti kesan positif penyasaran subsidi. — The Star

Amir juga menjelaskan bahawa penetapan harga runcit kepada paras harga pasaran tanpa subsidi mencapai hasil kerana langkah itu mengurangkan sebab untuk menyeludup.

Katanya, pengurangan penyeludupan tidak akan tercapai jika kerajaan melaksanakan kenaikan harga runcit secara beransur-ansur dan kecil kerana tidak akan menangani jurang perbezaan harga.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Abdul Khalib Abdullah berhubung penyelarasan subsidi diesel yang dilaksanakan dengan memberi bantuan Budi Madani kepada pemilik kenderaan diesel M40 dan B40.

"Bantuan bersasar disediakan antaranya kepada individu daripada kumpulan B40 dan M40 yang memiliki kenderaan diesel supaya tidak dibebani kenaikan harga runcit.

"Bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan atau RM2,400 setahun ditetapkan mengambil kira data penggunaan. Bantuan RM200 dianggarkan mencukupi untuk menampung kos tambahan bagi perjalananharian 75 kilometer merujuk kepada kenderaan diesel biasa seperti lori pikap," jelasnya.

Justeru, beliau berkata, pendekatan penyasaran subsidi melalui penetapan harga pasaran dan bantuan bersasar mencapai objektif membanteras ketirisan dan pada masa yang sama melindungi rakyat daripada kenaikan kos. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram