[VIDEO] Teman lelaki meraung, kekasih Rusia ditelan ombak depan mata


  • Benua
  • Rabu, 19 Jun 2024

Tangkap layar memaparkan situasi seorang wanita ditekan ombak ketika bercuti di Sochi, Rusia bersama kekasihnya. — Agensi

KEGEMBIRAAN pasangan kekasih bercuti bersama di Sochi, Rusia, bertukar tragedi selepas salah seorang daripada mereka hilang dihanyutkan ombak pada Ahad lalu.

Memetik laporan media antarabangsa, operasi mencari dan menyelamat wanita berusia 20 tahun itu masih giat dilaksanakan sehingga kini.

Menurutnya, anggota penyelamat telah memperluas lokasi pencarian dari pantai Rivera ke daerah Mamayka.

BACA LAGI: Penuntut IPTA ditemukan lemas dalam kolam ikan di Segamat

BACA LAGI: [VIDEO] Belum tentu dapat kerja, ramai dakwa karnival kerjaya sebenarnya scam

"Pencarian belum membuahkan hasil buat masa ini, namun usaha menyelamatkan mangsa masih dijalankan," katanya.

Difahamkan, pihak berkuasa juga sebelum ini memberi amaran kepada pelancong agar tidak berada berdekatan laut disebabkan cuaca yang buruk ketika itu.

Kejadian itu sempat dirakam pengunjung yang berada di kawasan sekitar, sebelum dikongsikan di laman X (Twitter) pada Rabu.

Berdasarkan rakaman berdurasi satu minit sembilan saat itu, pasangan kekasih tersebut pada awalnya dilihat berjalan dan bermain-main di tepi pantai sebelum ombak kuat datang ke arah mereka dan menarik wanita berkenaan ke tengah laut.

Teman lelakinya cuba membantu, namun hempasan ombak yang terlalu kuat menyebabkan cubaannya gagal sebelum meraung kesedihan.

Bagaimanapun, identiti lelaki dan wanita itu masih belum dapat dikenal pasti setakat ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram