SEPERTI diketahui, isu kemerosotan minat pelajar terhadap subjek Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) di peringkat sekolah sememangnya merupakan suatu masalah membimbangkan bagi pendidikan negara.
Perkara itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melahirkan kekhuatirannya terhadap isu tersebut.
Menerusi ucapannya di Dewan Rakyat, situasi tersebut sekiranya tidak ditangani berpotensi memberikan kesan buruk terhadap negara termasuk berdepan keadaan kekurangan tenaga mahir termasuk jurutera.
BACA LAGI: Inilah masanya, Umno berpeluang rampas semula DUN Nenggiri
BACA LAGI: Mohd Azizi boleh mohon tangguh PRK DUN Nenggiri, tunggu keputusan mahkamah
Dalam pelbagai usaha digerakkan kerajaan mengatasi perkara tersebut, terdapat pelbagai masalah ditimbulkan mengenai pengajaran subjek berkaitan STEM.
Pada Rabu, tular mengenai isu melibatkan satu soalan latihan subjek matematik bagi pelajar Tingkatan Tiga yang disifatkan agak 'tidak berguna' sehingga membebankan pelajar.
Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Facebook, Amirul Faiz yang juga seorang tenaga pengajar luar bagi subjek Matematik.
Menerusi foto dikongsikan, soalan latihan di bawah tajuk Matematik Pengguna itu meminta pelajar mengira jumlah faedah perlu dibayar pengguna dalam satu pinjaman pembelian rumah.
"Sebab itu tajuk Matematik Pengguna Tingkatan Tiga ini adalah tajuk yang paling tak berguna di dalam Matematik sekolah menengah kerana pengiraan bayaran balik pinjaman, ansuran bank, kad kredit, ROI (pulangan pelaburan) bukanlah fundamental.
"Soalan panjang berjela dan pelajar naik mental. Markah pula ciput (sikit) dan tak selaras langsung dengan jalan kerja. Satu markah untuk soalan beginikan ke tak patut," tulisnya.
Amirul Faiz mendakwa, tajuk bagi salah satu soalan yang tersedia di bawah latihan berkenaan turut menjadi punca menyebabkan ramai pelajar kurang minat dengan subjek matematik termasuk matematik tambahan.
"Nasib baik pelajar tanya walaupun hati menyirap. Tulisan saya makin buruk di gambar ketiga sebab marah ya amat. Kalau dah markah cuma diperuntukkan empat markah, baik tak perlu buat sebab buang masa baca soalan apatah lagi nak menjawab.
"KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) ni patut direhatkan juga dari membuat silibus, bukan sebab bawa hadis daif, tapi pemikiran yang daif," ujarnya.
Menerusi foto dikongsikan, soalan latihan itu dipercayai diambil daripada buku latihan yang disediakan oleh penerbit buku swasta.
Setakat laporan ini ditulis, perkongsian itu sudah mendapat lebih 1,100 tanda suka dan 1,400 perkongsian.
Rata-rata daripada warganet turut berkongsikan pandangan mereka berhubung soalan tersebut yang disifatkan cukup sukar untuk dijawab oleh pelajar.
"Subjek diploma saya dulu ni. Managerial Cost Financing (MAF)," tulis Nuoi.
"Sikit betul markah. Subjek ni macam nak ambil diploma hartanah," kata Ayu Ahmad.
"Tak cukup masa, nak baca dan faham, nak buat jalan kerja. Markah sikit. Tak berbaloi," ujar Hafizah Musa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram