Baru turun 2 kali, Assifuah dijangka mampu rebut Kasut Emas, kecewakan Bergson


  • Podium
  • Selasa, 18 Jun 2024

Assifuah perlu diberikan minit permainan dan peluang lebih kerap untuk membuktikan kebolehannya. — Facebook/KDA FC

KEMENANGAN 5-0 ke atas Bukit Tambun FC mengesahkan slot buat Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam peringkat suku akhir Piala FA dengan keputusan cemerlang itu direkodkan di laman sendiri minggu lalu.

Selepas bergelut dari segi serangan di Liga Super, lima gol yang direkodkan di Stadium Darul Aman, Kedah cukup untuk membuktikan pengendali, Nafuzi Zain sudah menemui resipi terbaiknya.

Ini adalah dengan meletakkan kepercayaan terhadap penyerang kelahiran Ghana, Ebenezer Assifuah yang berada dalam kesebelasan utama skuad senior Sang Kenari buat pertama kali dalam kariernya.

BACA LAGI: [VIDEO] Rintihan isu gaji Farhan bersama pemain KDA, MUFC pernah memeranjatkan arena bola sepak domestik

BACA LAGI: Assifuah jadi 'poster boy', Nafuzi Zain seperti bagi petunjuk penggempur utama KDA FC

448302719_1034223438073632_4804363916421872882_n

Bergson sudah tentu mahu membawa pulang Anugerah Kasut Emas musim ini. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Dia yang beraksi bersama KDA FC B musim lalu diberikan peluang dalam pasukan utama meskipun Kedah sudah memiliki Syafiq Ahmad dan Milos Gordic.

Hatrik yang dicatatkannya dalam perlawanan pusingan pertama menentang Bukit Tambun FC itu sekali gus menjadi petanda penyerang tersebut mampu menyelesaikan isu ketumpulan barisan serangan pasukan.

Malah, ada yang beranggapan Assifuah mampu berada di tahap lebih tinggi musim ini dengan merebut Anugerah Kasut Emas daripada bintang import lain, seperti Bergson da Silva.

"Padu Assifuah, baru bermain satu perlawanan sudah skor tiga kali. Lawan Perak FC sebelum ini masuk hujung permainan, tidak sempat berbuat apa-apa. Bila masuk kesebelasan utama, baru nampak hasilnya. Bakal penjaring terbanyak Liga Malaysia tahun ini," kata Michelle Sephia.

"Assifuah bakal muncul penjaring terbanyak Liga Malaysia nanti," kata Husaini Hamzah.

kedah28_1685251397

Assifuah (kiri) pertama kali membuktikan ketajamannya dalam Piala MFL musim lalu. Facebook/KDA FC B

"Kalau diberikan peluang lebih kerap, tak mustahil Assifuah boleh bawa pulang Anugerah Kasut Emas. Cuma kena tengok sama ada dia diturunkan kerap atau tidak," kata Jim Zainal.

Setakat ini, Ebenezer sudah mendahului carta penjaring terbanyak Piala FA dengan tiga gol yang mengikatnya di samping bintang Sabah FC, Ramon Machado.

Bagi saingan Liga Super pula, penjaring terbanyak setakat tiga perlawanan merupakan tonggak PDRM FC, Ifedayo Olusegun dengan tiga gol dijaringkannya setakat ini.

Untuk rekod, Assifiah merupakan pemenang Anugerah Kasut Emas Piala MFL musim lalu selepas dia menggegarkan gawang lawan sebanyak 16 kali secara keseluruhan.

Selain itu, dia memiliki reputasi cukup baik di pentas antarabangsa selepas meraih pencapaian sama dalam saingan Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2013. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram