PERTEMUAN dua pasukan derbi Utara melibatkan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan juga Penang FC dalam suku akhir Piala FA nyata menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air.
Hal ini disebabkan kedua-dua pasukan memiliki kelebihan yang tersendiri dalam usaha untuk mara ke semi final Piala FA.
Perlawanan yang akan berlangsung secara timbal balik sudah pasti menjadi antara aksi penting buat kedua-dua pasukan tatkala mahu kembali ke landasan terbaik.
BACA LAGI: Habib Haroon dinasihat 'berehat' aksi derbi Utara
BACA LAGI: TFC ada peluang layak ke semi lawan Selangor atau Kuching walaupun peningkatan game kurang ketara
Penang FC berhasil lolos ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Sri Pahang FC. —Facebook/Penangfc
Sang Kenari meraih slot ke suku akhir Piała FA selepas menundukkan Bukit Tambun FC dengan keputusan 5-0 di Stadium Darul Aman, Kedah pada Jumaat.
Manakala, Penang mengaibkan Sri Pahang FC di tempat lawan dengan keputusan 4-3 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1.
Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan tiga kelebihan KDA FC untuk mara ke pusingan seterusnya berdepan pemenang antara Johor Darul Ta'zim atau Malaysian University.
1. Rekod pertemuan memihak kepada Kedah
Jika melihat kepada rekod pertemuan sebelum ini, KDA FC dilihat berpeluang untuk meraih keputusan positif berdepan Harimau Kumbang.
Hal ini kerana, sepanjang tiga pertemuan musim lalu, Sang Kenari memperolehi tiga keputusan positif iaitu meraih dua kemenangan ketika beraksi di kedua-dua aksi dalam saingan Liga Super 2023 dan seri Piala FA.
Meskipun begitu, Harimau Kumbang dilihat sukar untuk menembusi benteng pertahanan Sang Kenari yang dikawal ketat oleh Akmal Zahir dan import Brazil, Cleylton Da Silva.
Sebahagian aksi menarik Rafael Victor ketika menyekat kemaraan skuad Tok Gajah. — Facebook/Penangfc
2. Lambakan penyerang beri kelebihan buat skuad Sang Kenari
Mempunyai pilihan yang banyak di bahagian serangan juga menjadi kelebihan buat Sang Kenari untuk memenangi perlawanan menentang seteru mereka itu dan seterusnya melayakkan di peringkat separuh akhir Piala FA musim ini.
Antara peledak berbisa menjadi pilihan utama Nafuzi Zain musim ini ialah Milos Gordic, Ebenezer Assifuah dan Syafiq Ahmad yang dilihat berpotensi sudah pulih dari kecederaannya serta dijangka akan mengisi kesebelasan utama Hijau Kuning.
Sekiranya melihat pada prestasi terkini, Ebenezer juga layak mendapat panggilan untuk mengisi posisi utama susulan penyerang kelahiran Ghana berkenaan baru sahaja meledak hatrik dalam aksi menentang Bukit Tambun FC baru-baru ini.
Jika melihat situasi Penang FC, Harimau Kumbang hanya mengharapkan penyerang mereka, Rodrygo Dias sebagai peledak namun prestasi pemain kelahiran Brazil itu juga tidak berada pada tahap memuaskan apabila dia hanya meledak satu gol bersama pasukan itu.
3. Prestasi tidak menentu skuad Sang Kenari
Bercakap mengenai prestasi Penang FC ketika ini, skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli pula mempamerkan aksi cemerlang sepanjang aksi Liga Super berlangsung.
Meskipun belum meraih sebarang kemenangan aksi Liga Super, benteng pertahanan Harimau Kumbang mempamerkan aksi yang memukau.
Bagaimanapun, prestasi itu masih belum cukup untuk menghantar mereka ke pusingan separuh akhir Piala FA berbanding Kedah.
Mereka yang memerlukan penentuan sepakan penalti ketika berdepan Sri Pahang FC dilihat belum bersedia untuk beraksi dalam pertemuan dua kelab Utara terbesar Liga Super itu.
Meskipun ada yang beranggapan KDA FC juga masih belum berada di tahap terbaik Liga Super, mereka hanya tewas kepada Selangor FC dan Perak FC yang kedua-dua memiliki kelebihan tersendiri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram