KEDAH Darul Aman (KDA) FC tidak mengambil mudah dalam saingan Piala FA musim ini selepas menundukkan kelab Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun FC 5-0 di laman sendiri pada Jumaat.
Selepas 15 minit perlawanan, penyerang tuan rumah, Milos Gordic membuka jaringan setelah dia mengambil peluang daripada kekalutan dalam kotak penalti lawan.
Tidak lama selepas itu, pemain tengah skuad Sang Kenari, Amirul Hisyam Awang Kechik hadir meletakkan nama dalam senarai penjaring untuk gol pertamanya musim ini.
BACA LAGI: Assifuah jadi 'poster boy', Nafuzi Zain seperti bagi petunjuk penggempur utama KDA FC
Amirul Hisyam merupakan salah seorang penjaring buat skuad Sang Kenari di laman sendiri. — Facebook/KDA FC
Malah, penyerang kelahiran Ghana, Ebenezer Assifuah turut meledak gol pertamanya buat pasukan itu setelah menempa nama dalam skuad KDA FC B musim lalu.
Persembahan cemerlang tuan rumah diteruskan pada babak kedua dengan serangan demi serangan dilancarkan ke arah benteng lawan dari liga bawahan itu.
Meskipun dibolosi beberapa minit selepas perlawanan dimulakan, semakan video bantuan pengadil (VAR) membatalkan jaringan untuk memastikan kedudukan 3-0.
Percubaan Bukit Tambun untuk mendapatkan jaringan jelas merugikan selepas Ebenezer menjaringkan dua lagi gol pada babak kedua, sekali gus menyaksikannya mencatatkan hatrik peribadi.
Ia sudah tentu menaikkan lagi prestasinya memandangkan ia merupakan kali pertama penyerang tersebut diberikan peluang dalam skuad utama KDA FC.
Jadi, dengan sumbangannya semakin membanggakan, terdapat kemungkinan penjaring terbanyak Piala MFL 2023 itu akan diberikan peluang lebih kerap selepas ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram