Habib Haroon dinasihat 'berehat' aksi derbi Utara


  • Podium
  • Ahad, 16 Jun 2024

Sang Kenari meraikan kemenangan selepas meraih slot ke suku akhir Piala FA dengan menundukkan kelab Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun pada Jumaat. — Facebook/KDAFC

PERTEMBUNGAN derbi Utara antara Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Penang FC sentiasa menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan dengan perseteruan yang sudah lama bermula.

Menjelang suku akhir Piala FA 2024 antara Sang Kenari dan Harimau Kumbang yang akan berlangsung secara timbal balik pada 28 Jun dan 4 Julai nanti, kedua-dua pasukan dilihat sedang dalam prestasi terbaik ketika ini.

Sang Kenari yang enggan mengambil mudah saingan Piala FA musim ini berjaya menundukkan kelab Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun FC 5-0 di laman sendiri pada Jumaat.

BACA LAGI: [VIDEO] Piala FA: Penalti tak direstui, fans TBG berang ditunjuk jalan keluar terlalu awal

BACA LAGI: [VIDEO] 'Chant' khas Faisal Halim letak Mickey sebaris ikon Indonesia di Selangor, Kedah

WhatsApp Image 2024-06-16 at 17.10.10

Penyokong berharap agar Habib Haroon direhatkan aksi berdepan Penang saingan Piala FA nanti. Facebook/KDAFC

Manakala, skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli pula mengaibkan Sri Pahang FC di Stadium Temerloh, Pahang dengan keputusan 4-3 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1.

Pastinya kedua-dua pasukan dijangka sudah cukup bersedia untuk mara ke separuh akhir aksi Piala FA nanti.

Bagaimanapun, menjelang suku akhir Piala FA, nama import Sang Kenari, Habib Haroon menjadi sebutan penyokong Jelapang Padi itu.

Ia berikutan selepas Habib menampilkan prestasi yang kurang cemerlang dalam aksi berdepan Bukit Tambun pada Jumaat.

Menjengah ruangan komen, rata-rata penyokong Sang Kenari tidak bersetuju sekiranya bekas import Terengganu FC (TFC), Habib diturunkan dalam aksi berdepan Harimau Kumbang.

"Rehatkan Habib Haroon, langsung tak membantu di bahagian tengah," kata Shafiz Shukor.

"Tempoh permainan jadi slow bila bola berada di kaki dia, rehatkan saja dulu Habib ni," kata Zamzuri Zainal Abidin.

"Tak berapa minat dengan Habib ni, dah berapa game ni kurang menjadi di bahagian tengah, carilah player lain," kata Mohd Affiq.

Sebelum beradu tenaga aksi suku akhir Piala FA, Sang Kenari akan bertemu Penang FC dalam perlawanan keempat Liga Super 2024 yang akan berlangsung pada 22 Jun nanti di Stadium Bandaraya George Town, Pulau Pinang.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram