PENURUNAN harga harga runcit telur gred A, B, dan C yang diumumkan kerajaan pada Isnin mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa pada Isnin.
Walaupun hanya penurunan itu melibatkan 3 sen namun ia dilihat sebagai satu usaha yang baik sebagai usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup, disambut baik oleh kebanyakan pengguna.
Seorang pengguna media sosial X (Twitter), @adamyusuf88 mengakui langkah penjimatan subsidi diesel itu akan memberi pulangan yang baik buat rakyat.
"Alhamdulillah. Maka benarlah kata Perdana Menteri bahawa setiap sen penjimatan subsidi diesel akan dipulangkan semula kepada rakyat.
"Bagi golongan maha kaya seperti 'walaun' mungkin 3 sen itu tidak bermakna tetapi kalau harga telur ayam itu naik 1 sen pun dia akan 'meroyan' semahunya," tulisnya.
Anwar berkata, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa Isnin.
BACA LAGI: [VIDEO] Peniaga dakwa terpaksa naikkan harga tong gas lepas penyasaran subsidi diesel bermula
BACA LAGI: Wanita maut dipukul, ditikam suami di depan anak selepas sarapan di Ipoh
Sementara itu, seorang lagi warga maya, @XavierNaxa menerusi satu ciapan turut menyambut baik pengumuman penurunan harga tersebut.
Namun, katanya kerajaan perlu menggubal atau meminda satu undang-undang bagi mengelakkan warga asing membeli barangan subsidi.
"Jika tidak dikuasakan, rakyat Malaysia tidak mendapat manfaat daripada subsidi yang ditawarkan," katanya.
Selain telur, ciapan itu mungkin ada kaitan dengan penjualan minyak peket yang ketika ini menyaksikan tiada larangan dikuatkuasakan terhadap pembelian oleh warga asing di peringkat peruncit di negara ini.
Penguatkuasaan dari segi had pembelian minyak peket dilakukan di peringkat pasar raya iaitu tiga peket sahaja, demikian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali dalam satu kenyataan pada 9 Januari lalu.
“Setakat ini, di peringkat runcit tiada larangan (pembelian minyak peket) bagi warga asing cuma di pasar raya kita kawal had pembelian tiga peket.
“Larang boleh, tetapi peruncit dari segi pelaksanaan. Kalau orang nampak dan ambil (rakam) gambar dan sebagainya tetapi apa mekanismanya. Kalau kita buat sistem hanya minyak masak peket, kosnya tidak efektif.
“Bukan hanya kerajaan perlu mengeluarkan kos, peruncit kecil ada sistem, tetapi bagi kita masa bagi dapatan audit cukup penting dengan beberapa negeri telah selesai seperti Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Johor,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram