Wanita maut dipukul, ditikam suami di depan anak selepas sarapan di Ipoh


  • 112
  • Rabu, 12 Jun 2024

Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang dipercayai dibunuh ketika berlaku pertengkaran di Kampung Simee, Ipoh pada Rabu.— Facebook/OrangAwam

SEORANG wanita maut selepas dipukul dan ditikam oleh suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Simee di Ipoh, Perak pada Rabu.

Lebih malang lagi, kejadian pukul 8.30 pagi itu turut disaksikan oleh anak perempuan mereka yang berusia 12 tahun.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suaminya berusia 56 tahun sebelum suspek bertindak memukul mangsa di kepala dan menikamnya beberapa kali.

BACA LAGI: [VIDEO] Dah macam MacGyver, lelaki disyaki warga asing mencuri tabung masjid di Terengganu

BACA LAGI: [VIDEO] Mangsa ke-4 nahas BMW dengan lori berhampiran Pagoh meninggal dunia

Pasangan itu bertengkar di rumah selepas selesai bersarapan di luar dan berdasarkan maklumat ahli keluarga, mangsa sebelum ini sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, maklumat diterima daripada orang awam pukul 9.26 pagi selepas mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

2687210

Suspek ditahan pada pukul 10 pagi Rabu di lokasi kejadian bagi membantu siasatan. — Facebook/OrangAwam

Katanya, mangsa berusia 48 tahun ditemui terbaring di kawasan garaj rumahnya dengan tiga kesan tikaman di dada dan kecederaan di bahagian kepala.

"Motif kejadian masih dalam siasatan namun berdasarkan keterangan saksi yang juga anaknya, mangsa dan suspek yang berusia 56 tahun kerap bergaduh.

"Polis juga telah merampas merampas sebatang besi yang digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau lagi, suspek ditahan pada pukul 10 pagi Rabu di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

"Permohonan reman akan dibuat Khamis bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat.

"Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden S Dasarathan di talian 012-5644484 bagi membantu siasatan," katanya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram