Hukuman berat menanti pencuri kabel komunikasi, pindaan akta diteliti Jabatan Peguam Negara


  • Primer
  • Isnin, 17 Jun 2024

Kerajaan sedang menimbangkan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan berkaitan kegiatan mencuri kabel komunikasi sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan.

HUKUMAN yang lebih berat bagi kesalahan berkaitan kegiatan mencuri kabel komunikasi sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan bakal dipertimbangkan oleh kerajaan, kata menteri.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil seperti dilaporkan Berita Harian berkata, hukuman itu akan dicadangkan dalam pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang sedang diperincikan oleh Jabatan Peguam Negara.

"Saya akan minta pasukan di Kementerian Komunikasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk meneliti dan memberi beberapa ulasan serta cadangan (hukuman) kerana pada waktu ini.

BACA LAGI : [VIDEO] Peniaga dakwa terpaksa naikkan harga tong gas lepas penyasaran subsidi diesel bermula

BACA LAGI : Wanita maut dipukul, ditikam suami di depan anak selepas sarapan di Ipoh

"Pada masa sama, draf pindaan akta itu sedang diteliti dan diperinci, membabitkan beberapa peruntukan mengenai aspek mutu perkhidmatan rangkaian (telekomunikasi).

"Pindaan ini kita buat bukan hanya kerana melihat kejadian kecurian kabel dan vandalisme tetapi juga disebabkan (gangguan) mutu perkhidmatan komunikasi.

"Hal ini kerana, ia adalah antara perkara yang sering dibangkitkan oleh para pengguna, sehubungan itu ia dalam penelitian sebelum kita bawa ke Parlimen nanti," katanya pada Isnin.

KUALA LUMPUR, 10 Julai -- Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap sempena majlis perasmian MDEC Horizon hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian menjawab pertanyaan mengenai tindakan kerajaan untuk membendung kegiatan mencuri kabel tembaga komunikasi yang semakin berleluasa ketika ini.

Dalam pada itu, menurut Fahmi, pihaknya tiada masalah berhubung langkah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menubuhkan pasukan 'duta online' untuk menyampaikan maklumat dan menangkis fitnah di alam maya.

"Saya tidak lihat penubuhan itu akan menyebabkan mereka masuk (menyentuh) bidang pihak-pihak yang lain, tetapi penyelarasan dari segi maklumat yang hendak disampaikan mesti dilakukan.

"Insya-ALLAH saya akan meneliti perkara ini bersama menteri (Nga Kor Ming) kerana saya belum berkesempatan untuk mendapatkan taklimat penuh daripada pihak KPKT mengenai usaha itu," katanya.

Pada Khamis lalu, Kor Ming mengumumkan penubuhan pasukan 'duta online' itu yang terdiri daripada 200 kakitangan kementerian itu bagi menangkis fitnah dan menyampaikan maklumat sahih serta dasar-dasar kerajaan secara efektif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram