Pan-gon dapat ‘restu’ kekal pimpin HM, tapi disaran kurangkan guna naturalisasi


  • Podium
  • Khamis, 13 Jun 2024

Kim Pan-gon masih dianggap orang yang tepat untuk mengetuai Harimau Malaya. — FAM

MALAYSIA sekali lagi gagal untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia. Walaupun berjaya memenangi perlawanan terakhir berdepan Taiwan, keputusan seri antara Republik Kyrgyz dengan Oman memusnahkan segalanya.

Di sebalik keputusan itu, pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menzahirkan secara terbuka kemahuannya untuk terus membimbing Malaysia.

Dengan kontraknya tamat pada 2025, Pan-gon mahu meneruskan segala misinya yang belum selesai iaitu membawa Malaysia ke Piala Asia 2027 dan Piala Asean yang akan diadakan pada akhir tahun ini.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Biar dia selesaikan misi', ekor Harimau Malaya mahu FAM kekalkan Kim Pan-gon

BACA LAGI: Tiga mata belum cukup, nasib Harimau Malaya kini di tangan aksi Oman-Kyrgyzstan

448086854_1166024294470805_8422765747443475448_n

Sergio Aguero (kiri) antara pemain naturalisasi negara. — FAM

Walaupun sudah mula terdengar suara-suara yang mahu pengendali itu meninggalkan skuad Malaysia, tetapi majoriti penyokong masih berasakan Pan-gon adalah orang yang tepat memimpin cabaran negara.

Permasalahan yang sepatutnya diselesaikan adalah bukan dengan menukar jurulatih, sebaliknya mengurangkan kebergantungan terhadap pemain naturalisasi.

Sejak mula mengambil pemain naturalisasi, tidak semua menghasilkan impak seperti diharapkan dengan nama-nama seperti Guilherme de Paula, Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi antara yang mengecewakan.

Tetapi pemain seperti Paulo Josue serta Endrick dos Santos antara yang memberi impak positif setiap kali diturunkan oleh Pan-gon.

"Kekalkan jurulatih serta kurangkan (pemain) naturalisasi," cadang penyokong bernama Arebu Ali.

"KPG kekal. Pemain naturalisasi kurangkan, berat nanang," komen Jepp AJ.

"Pemain pemain tempatan sajalah, pemain naturalisasi ni tak payah," kata Mohd Firdaus.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat supaya Pan-gon diberikan lebih masa kerana peningkatan yang dihasilkan adalah baik.

Peningkatan yang berlaku pada peringkat awal kepimpinan Pan-gon menunjukkan dia mampu untuk membawa Malaysia ke tahap lebih baik.

"Kekal je, dua tahun pertama dan berapa kali game itu masih peringkat awal. Sukar jadi jurulatih pasukan kebangsaan ni sebab waktu latihan dan berapa bilangan game itulah sekadar waktu untuk dapatkan tune kesemua pemain. Sekurang-kurangnya, bagi lima tahun untuk lihat kemajuan dalam pasukan," ujar Ahmad Firdaus.

"Kekalkan. Tengok rekod dia, boleh menang sampai 20 kali," komen Azhan Ball.

"Kena tengok pelan pembangunan masa depan dari Pan-gon untuk Malaysia. Kalau okey, boleh kekal," kata Ahmad Azhan.. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram