[VIDEO] 'Biar dia selesaikan misi', ekor Harimau Malaya mahu FAM kekalkan Kim Pan-gon


  • Podium
  • Rabu, 12 Jun 2024

Aksi terakhir Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan Malaysia hanya mampu meraih kemenangan 3-1 ke atas Taiwan. — Facebook/FAM

KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyuarakan hasrat untuk terus mengemudi pasukan kebangsaan meskipun terlepas peluang untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Pengendali kelahiran Korea Selatan yang kontraknya akan tamat pada Disember 2025 itu mengakui dia mahu kekal bersama pasukan kebangsaan sehingga Piala Asia 2027.

Pan-gon yang melihat dirinya masih berupaya membawa Harimau Malaya lebih ke hadapan itu turut mengakui ia bukanlah pengakhiran yang dimahukan olehnya.

BACA LAGI: Willian Lira, ex Sri Pahang dan KUFC buktikan tinggalkan Liga M keputusan tepat

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ayah orang Tawau', Joshua Laws calon terkini pemain warisan

Atas sebab itu, Pan-gon berharap khidmatnya dapat dikekalkan untuk membimbing pasukan itu mengharungi kejohanan antarabangsa termasuk pusingan kelayakan Piala Asia 2027.

“Tidak, itu bukan yang saya mahu. Saya mahu kekal di sini, saya mahu kekal di sini,” katanya kepada wartawan tempatan, Zulhelmi Zainal Azam selepas tamat perlawanan Malaysia-Chinese Taipei.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong tanah air bersetuju sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengekalkan Pan-gon lebih lama untuk membimbing skuad kebangsaan.

"Aku setuju dengan Pan-gon, kekalkan dia sebab banyak perubahan dah dia bawa pada pasukan negara, nampak perubahan ketara pada pasukan negara semenjak dia jadi jurulatih negara, tidak dinafikan," kata Bazuka Baz Jr.

"Setuju. Memang nampak peningkatan Harimau Malaya semenjak Pan-gon ambil alih pasukan. FAM perlu tegas dengan keputusan untuk kekalkan Pan-gon," kata Helmi Aliarit.

"Setakat ini Pan-gon yang terbaik. Sejak mengemudi Harimau Malaya dia telah merealisasikan impian Malaysia untuk beraksi di Piala Dunia dan ia bukanlah satu angan-angan," kata Firdaus Hassan.

"Kim Pan-gon sahaja yang boleh jaga Harimau Malaya dengan kualiti pemain yang ada, teruskan kepimpinan Pan-gon," kata Ahmad Radhie.

Aksi terakhir Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menyaksikan Malaysia hanya mampu meraih kemenangan 3-1 ke atas Taiwan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram