SKUAD kendalian Bojan Hodak, Persib Bandung menampilkan keunggulan mereka dalam Liga 1 Indonesia apabila secara rasmi menjuarai pertandingan tersebut pada 31 Mei lalu.
Selepas berada di tangga kedua, mereka layak untuk beraksi dalam pusingan play-off dengan perlawanan akhir menyaksikan kelab itu menundukkan Madura United.
Kejayaan berkenaan sudah tentu diraikan penyokong pasukan memandangkan ia merupakan kali pertama mereka muncul juara selepas kali terakhir berbuat demikian pada 2014.
BACA LAGI: Terengganu tunaikan permintaan fans, Ivan Mamut boleh paksa Akinade keluar zon selesa
BACA LAGI: [VIDEO] 'Messi Terengganu' antara 3 pemain 'one season wonder', sama seperti bintang EPL
Persib Bandung menamatkan musim cemerlang dengan gelaran. — Agensi
Jadi, sorakan sudah tentu diajukan kepada Bojan yang dilantik ketika Persib Bandung berada dalam prestasi tidak menentu di pentas domestik.
Tetapi, bagi penyokong, pujian juga wajar diberikan terhadap kesemua pemain, terutamanya tonggak yang memainkan peranan penting dalam menamatkan penantian kejuaraan tersebut.
Antara nama yang kini disebut-sebut ialah penyerang kelahiran Brazil, David da Silva yang muncul penjaring terbanyak dengan 30 gol dijaringkannya sepanjang musim.
Nama peledak itu bukanlah sesuatu yang asing dalam rantau Asia Tenggara, terutamanya dalam kalangan peminat bola sepak tanah air kerana dia pernah mewarnai Liga Super bersama Terengganu FC tiga tahun lalu.
Dia yang beraksi selama semusim bersama skuad Sang Penyu meninggalkan kenangan bercampur baur buat penyokong kerana sering mensia-siakan peluang, namun masih membantu barisan serangan.
Da Silva hanya kekal semusim bersama skuad Sang Penyu. — Facebook/Terengganu FC
Jadi, dengan Da Silva kini sudah meledak di Indonesia, sudah tentu rata-rata penyokong sedikit cemburu dengan kelibatnya di samping mengharapkan kepulangannya.
Bagaimanapun, berdasarkan komen di media sosial, penyokong seperti tidak mengendahkan perubahan dilaluinya kerana tahu rentak permainan berbeza di kedua-dua liga tersebut.
"DDS ni dulu penyudahnya memang baik, masalahnya dia memang penyerang tulen yang lewat dan sukar membantu dari segi bertahan selain sedikit perlahan. Di sana, dia memiliki rakan sepasukan, Ciro (Alves) yang banyak membantu," kata Ahmad Shamil Zuriman.
"Perlu sering disuap, baru boleh dapatkan gol. Mungkin di Indonesia ramai yang boleh hidangkan peluang sebegitu," kata Farez Alias.
"Da Silva ini bagus, cuma tidak sesuai rasanya dengan cara Terengganu kot. Sokongan kurang baik katanya," kata Azam Affin.
Untuk rekod, penyerang berusia 34 tahun itu pernah menjaringkan tujuh gol dan satu bantuan jaringan sepanjang 15 perlawanan buat Terengganu FC.
Pulangan itu dirasakan tidak mencukupi buat kelab Pantai Timur berkenaan yang kemudian melepaskannya pada penghujung musim 2021 bagi membolehkannya menyertai Persib Bandung.
Kini, dengan kelab Indonesia tersebut berpeluang beraksi di pentas Asia musim depan, terdapat kemungkinan dia akan kekal untuk mengemudi barisan serangan mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram