'Dah macam SNBJ', kualiti padang stadium megah EPL jadi bahan ejekan


  • Podium
  • Selasa, 11 Jun 2024

Rakaman sebelum perlawanan yang menjadi buah mulut peminat bola sepak antarabangsa sehingga hari ini.

SATU perlawanan persahabatan diadakan di Stadium Stamford Bridge, London pada Ahad dengan aksi berkenaan menyaksikan pertemuan antara Soccer Aid dan pemain pilihan England.

Seperti kebiasaan, pertembungan terbabit menyaksikan kehadiran puluhan ribu penyokong yang membanjiri venue sebagai tanda sokongan dan sumbangan buat mereka yang memerlukan.

Kemasukan mereka sememangnya membawa kemeriahan dengan respons cukup baik diberikan terhadap perlawanan yang dibintangi bekas pemain antarabangsa seperti Eden Hazard, Alessandro del Piero dan Theo Walcott.

BACA LAGI: Dah dapat lampu hijau 'match' lawan Oman, Hannah Yeoh kongsi gambar terkini SNBJ

BACA LAGI: [VIDEO] Dron 'liar' kantoikan situasi semasa padang SNBJ, Hans Isaac beri jawapan senada Menteri KBS

WhatsApp Image 2024-06-11 at 18.55.29

Keadaan padang Stamford Bridge yang sedikit rosak dalam perlawanan berkenaan.

Namun, di sebalik kehangatan itu, penyokong berasa sedikit kecewa dengan aksi terbabit apabila kualiti padang di stadium milik Chelsea FC tersebut mengalami kerosakan.

Berdasarkan kepingan foto dikongsikan di media sosial, kelihatan tompokan rumput kering yang sekali gus mencalarkan imej kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.

Perkara itu kemudiannya menjadi bahan bualan ramai dengan peminat bola sepak antarabangsa, termasuk dalam tanah air menjadikan juara dua kali Liga Juara-Juara UEFA (UCL) itu bahan ejekan.

"Rumput Stamford Bridge rosak? Hah, pecat lagi individu yang sudah menjaga rumput untuk 30 tahun, Jason Griffin. Memalukan macam Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur," kata Muhammad Razif.

Untitled design (10)

Rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil rosak kerana penjagaan kurang rapi.

"Tengok sahajalah keadaan padang di Stamford Bridge dalam perlawanan ini. Ada padang buat perlawanan bola sepak sosial yang lebih baik," kata Grassroot Goals.

"Aksi persahabatan Soccer Aid ini cukup baik, tetapi tengok sahaja keadaan padang di Stamford Bridge. Ia lebih teruk daripada padang awam," komen Slip Piass.

Sebelum ini, Stadium Nasional Bukit Jalil sering mengundang kritikan kerana penjagaan yang tidak profesional menyaksikannya sering mengalami kerosakan.

Antara contoh terbaik dapat disaksikan adalah ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara Terengganu FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan perkara itu menjadi bahan bualan ramai.

Selain itu, masalah itu pernah berulang ketika Harimau Malaya berdepan Oman untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sehingga menyebabkan kecederaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram