[VIDEO] 'Messi Terengganu' antara 3 pemain 'one season wonder', sama seperti bintang EPL


  • Podium
  • Sabtu, 08 Jun 2024

Faiz Nasir antara arkitek utama Snag Penyu sebelum menyertai Selangor pada musim 2019.

PERNAHKAH anda penyokong Malaysia mendengar ayat bahasa Inggeris 'one season wonder'?

'One season wonder' bermaksud pemain itu hanya menyerlah untuk satu musim sahaja sebelum prestasi mereka menurun secara mendadak pada tahun mendatang.

Perkara ini juga berlaku dalam Liga Malaysia selepas beberapa pemain tempatan pernah mengalami situasi sama seperti bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Michu pada musim 2012/13.

BACA LAGI: Kedah bakal terima talian hayat, ada risau Sang Kenari senasib BRM Kuala Kangsar

BACA LAGI: [VIDEO] 'Muka dia macam tak ada apa-apa', pemain muda Terengganu raih pujian lepas aksi Kyrgyzstan

Majoriti senaraikan tiga pemain tempatan pernah mengalami situasi sama seperti Michu dalam Liga Malaysia:

1. Muhd Hadin Azman

Bekas bintang Harimau Muda B, uhd Hadin Azman mempunyai karier yang panjang bersama beberapa pasukan dalam Liga Malaysia.

Pemain berusia 27 tahun itu pernah beraksi bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), Felda United, Kedah Darul Aman (KDA FC), Kuala Lumpur City (KL City), Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Musim terbaik Hadin ialah bersama KL City selepas berjaya membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia 2021 yang menewaskan JDT dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Namun selepas pencapaian bersama KL City itu, prestasi Hadin semakin tidak mendapat perhatian ramai apabila dia memilih untuk beraksi bersama Penang pada musim 2023.

2. Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan)

Tiada siapa pernah menjangka Khuzaimi Piee akan menjadi sebahagian daripada skuad Kim Pan-gon kerana tidak mempunyai rekod cemerlang sepanjang karier bola sepaknya.

Pada musim 2022, Khuzaimi cemerlang bersama Negeri Sembilan sehingga mendapat panggilan skuad Harimau Malaya dalam beberapa kejohanan penting.

Disebabkan prestasi yang cemerlang, Selangor FC datang untuk membawa Khuzaimi ke wilayah Gergasi Merah bagi memperkuatkan barisan pertahanan pasukan pada musim 2023.

Namun begitu, disebabkan kecederaan yang dialami semasa Piala AFF 2022, Khuzaimi gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Selangor dan lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan pada musim 2023.

3. Muhd Faiz Nasir (Terengganu)

Pernah mendapat gelaran 'Messi Terengganu', Faiz Nasir menikmati karier cemerlang bersama Sang Penyu pada musim 2018 sehingga berjaya menarik minat Selangor untuk membawanya ke Lembah Klang.

Bersama Terengganu, Faiz Nasir menjadi arkitek utama Sang Penyu meskipun tidak mempunyai fizikal yang besar seperti pemain lain.

Selain itu, Faiz juga berjaya membawa Terengganu ke pentas akhir Piala Malaysia 2018 sebelum tewas ditangan Perak FC dengan keputusan sepakan penalti 1-4 selepas terikat dengan keputusan seri 3-3 di Stadium Shah Alam, Selangor.

Namun selepas menyertai Selangor, Faiz Nasir kurang mendapat peluang untuk membuktikan kehebatannya di atas padang sehinggakan dia memilih untuk pulang ke Terengganu pada musim 2020. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram