BINTANG pertahanan Real Madrid, Antonio Rudiger tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas berjaya menewaskan juara bertahan, Manchester City 4-3 menerusi penentuan penalti di gelanggang lawan dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada awal pagi Khamis.
Perlawanan yang berlangsung selama 120 minit itu menyebabkan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1 sebelum penentuan sepakan penalti yang berjaya di sudahkan oleh Rudiger untuk memastikan Madrid layak ke pentas separuh akhir.
Kegembiraan di wajah Rudiger jelas terpancar apabila dia melaungkan kalimah 'Allahuakbar' selepas perlawanan sambil menuju ke dalam bilik persalinan.
Sambil berjalan menuju ke dalam bilik persalinan, bekas pemain Chelsea itu sempat menunjukkan jari telunjuk ke atas sebagai simbolik tuhan yang satu.
BACA LAGI: Kelebihan 2-1, Safuwan lebih layak galas tugas kapten Gergasi Merah berbanding Faisal Halim
Dalam perlawanan itu, The Citizen dilihat menguasai permainan pada separuh masa pertama dengan mencatatkan 64 peratus penguasaan bola sementara Real Madrid hanya 47 peratus.
Manakala di babak separuh masa Man City, meneruskan asakan bertali dengan 15 cubaan berjaya dilakukan sementara Madrid hanya membuat satu percubaan.
BACA LAGI: Bukan masa sesuai ganti KJ sebagai Presiden FAM — Pekan Ramli
Keputusan seri itu diheret ke masa tambahan, namun tiada sebarang jaringan yang dapat dihasilkan oleh kedua-dua pasukan.
Oleh itu, perlawanan tersebut dibawa ke penentuan sepakan penalti.
Bernardo Silva dan Kovacic gagal menyempurnakan sepakan penalti selain Alvarez, Phil Foden dan Ederson berjaya sementara Real Madrid hanya seorang iaitu Luka Modric yang lain seperti Jude Bellingham, L. Vazquez, N. Fernandez dan Rudiger berjaya dengan sempurnanya.
Dalam pada itu, Pep Guardiola mengucapkan tahniah kepada Real Madrid dan berkata, Manchester City sepatutnya menewaskan Real sebelum penentuan sepakan penalti.
"Begitulah keadaannya, kadang kala anda menang menerusi sepakan penalti dan kadangkala tidak. Kami sepatutnya menang sebelum itu berdasarkan cara kami bermain.
"Saya sama sekali tidak menyesal, kami melakukan segala-galanya secara menyerang dan bertahan. Bola sepak adalah mengenai menjaringkan gol dan mereka melakukannya dengan lebih baik daripada kami melalui sepakan penalti.
"Mereka berada di separuh akhir dan kami tidak. Saya perlu berkata dari hati saya, terima kasih kepada pemain saya," katanya selepas tamat perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram