SEMUA penyokong Liverpool kini masih sukar menelan hakikat bahawa perlawanan The Reds menentang Wolverhampton Wanderers di Anfield, England pada Ahad merupakan tugas terakhir Jurgen Klopp bersama pasukan berkenaan.
Tanggungjawab Klopp menerajui Liverpool selama lapan tahun berakhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers dan sekali gus meletakkan The Reds di tangga ketiga bagi musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2023-2024.
Sebelum perlawanan terakhir itu, pengurus kelahiran Jerman berkenaan juga membuka akaun Instagram dengan kini pengikutnya sudah mencecah dua juta selepas tidak sampai 24 jam aktif di media sosial itu.
BACA LAGI: Klopp minta maaf musnahkan impian Liverpool
BACA LAGI: Carragher hentam Liverpool, desak Klopp lupakan Liga Europa
Klopp juga sempat memuat naik video di Instagram miliknya dengan dia memberikan penyokong ucapan selamat tinggal, berlokasikan dalam pejabatnya di tempat latihan kelab Liverpool.
"Hari terakhir di ofis. Rasa macam janggal usai membuat tugas terakhir di sini. Rasa sedih untuk tinggalkan, saya masih tidak boleh hadam, esok (aksi menentang Wolverhampton) akan jadi tugas terakhir dan lepas ini bercuti.
“Jadi, saya akan meninggalkan tempat ini, pastinya ia adalah pengalaman menarik sepanjang berada di Liverpool," katanya memetik ucapan selamat tinggal di Instagram sebelum perlawanan The Reds berjumpa Wolverhampton.
Musim terakhir pengendali berusia 56 tahun berkenaan berkesudahan dengan memenangi satu gelaran pada musim selepas selepas menewaskan Chelsea dengan keputusan 1-0 di pentas final Piala Carabao pada Februari lalu.
Selepas ini, Liverpoool akan diterajui oleh bekas pengendali kelab gergasi Liga Belanda, Feyenoord, Arne Slot yang memimpin kelab itu memenangi gelaran Eredivisie pada tahun 2023 dan menamatkan kedudukan kedua musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram