GEMPA bumi kecil berukuran 3.3 pada skala Magnitud dikesan berlaku di sebuah lokasi kira-kira 50 kilometer (km) dari Semporna, Sabah, pada pukul 2.49 petang Ahad
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan pusat gempa terbabit terletak pada 4.4 darjah Utara dan 118.9 darjah Timur pada kedalaman 10km.
Jabatan itu mengesahkan bahawa gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
BACA LAGI: Jika gagal jawab notis, 7 YB BERSATU berisiko hilang kerusi — Pakar Perlembagaan
Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Gunung Ibu, yang terletak di Pulau Halmahera Barat, wilayah Maluku Utara, meletus lagi pada 12.35 waktu Indonesia Timur, memuntahkan awan yang mengandungi abu sehingga kira-kira tujuh kilometer dari kawah puncak utama selama kira-kira 10 minit.
Letusan itu juga mengeluarkan pasir yang dibawa ke arah Barat oleh angin sehingga sampai ke pos pemerhatian gunung berapi dan pusat perlindungan sementara di Kampung Gam Ici, yang dihuni beberapa penduduk susulan peningkatan letusan baru-baru ini.
"Keadaan semasa letusan adalah agak tenang, tanpa ada panik dalam kalangan penduduk,” kata jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhari dalam satu kenyataan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram