Bolos sampai 10 biji, fans persoal kualiti, cara pemilihan skuad futsal Terengganu


  • Podium
  • Ahad, 02 Jun 2024

Pemain futsal Terengganu hanya tercengang melihat Pahang Rangers menjaringkan 10 gol dalam perlawanan itu. — Facebook/Terengganu Futsal

SAINGAN Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) semakin mencuri tumpuan selepas tujuh hari perlawanan yang menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) berada di tangga teratas.

Bagaimanapun, di samping kemeriahan itu, penyokong wakil dari Pantai Timur, Terengganu FA seperti gagal menarik sokongan selepas hanya meraih satu kemenangan setakat ini.

Mereka yang memulakan kempen dengan langkah kanan selepas menundukkan Kuala Lumpur (KL) City seperti sukar untuk meneruskan prestasi cemerlang terbabit.

BACA LAGI: JDT, Terengganu dipetik jadi lawan sparring Harimau Malaya sebelum aksi kelayakan

BACA LAGI: 'Perform di pramusim', bintang Selangor, Terengganu, JDT 'belum panas enjin' dalam Liga Super

446805498_975194084303341_161132864454500466_n

Nasib buruk terus dialami Terengganu FA dalam kempen MPFL musim ini. Facebook/Terengganu Futsal

Malah, dalam perlawanan baru-baru ini, pasukan kendalian Rozairi Ahmad itu sekali lagi dimalukan ketika berdepan gergasi futsal negara, Pahang Rangers di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan, Pahang.

Walaupun tahu bahawa lawan mereka itu memiliki kualiti dan reputasi tersendiri, rakyat negeri Pantai Timur berkenaan sudah tentu mahu persembahan lebih baik dipamerkan.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga seakan-akan mempertikaikan struktur pasukan dengan menganggap pemilihan pemain dibuat secara tidak telus sehingga ada berasakan ia adalah punca utama di sebalik prestasi memalukan pasukan.

"Rombak semula pengurusan. Ramai lagi pemain-pemain yang betul-betul layak, buatlah pemilihan terbuka kerana mungkin di hujung kampung ada yang berbakat tetapi diberikan peluang," kata Ahmad Musaiyar.

"Rombaklah pemain, buat malu yang cukup teruk kalau begini. Suka sangat turunkan mereka yang daripada kenalan masing-masing. Lebih baik turunkan pemain lebih berkualiti dari kampung-kampung," kata Pelanduk Serupa.

"Macam mana boleh teruk sangat kena tu? Zaman kejatuhan sukan Terengganu ni nampaknya. Adoi," kata Che Mohd HAniff.

Kekalahan itu turut meletakkan Terengganu di tangga kedua tercorot setakat ini dengan penyokong beranggapan sudah tiada jalan buat pasukan itu untuk kembali berada di landasan.

Selepas ini, pasukan berkenaan bakal berdepan JDT di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, Terengganu dalam misi mendapatkan kemenangan kedua dalam MPFL 2024. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram