'Tahu Ivan Mamut cedera, tapi takkan TFC langsung tiada 'update' perkembangan semasa'


  • Podium
  • Khamis, 30 Mei 2024

Mamut muncul penjaring terbanyak musim lalu dengan 17 gol buat Sang Penyu.

PENYOKONG Terengganu (TFC) mendesak agar pihak pengurusan Sang Penyu memuat naik perkembangan semasa penyerang import Croatia, Ivan Mamut yang dilaporkan mengalami kecederaan serius dan perlu berehat panjang.

Menerusi ruangan komen media sosial Terengganu, penyokong mula beranggapan pihak pengurusan seolah-olah mahu menghilangkan khidmat Ivan Mamut daripada pasukan meskipun sudah membuat kenyataan bahawa pemain itu cedera.

Rentetan itu, penyokong mahu status pemain itu yang terpaksa disisihkan Terengganu kerana mengalami kecederaan 'tendon achilles', dikongsikan agar perkembangan semasanya diketahui umum.

BACA LAGI: 'Cakap tutup nak buat padang', ada penyokong 'cemburu' pasukan ragbi lanyak Stadium Darul Makmur

BACA LAGI: Tak dipanggil Kim Pan-gon, Sergio Aguero bakal kendali skuad akademi

Buat masa ini, ramai faham keadaan itu mengakibatkan Mamut perlu menjalani tempoh pemulihan yang lama sebelum dapat kembali membantu skuad Sang Penyu.

"Tahu Ivan Mamut cedera, tapi takkan tak ada langsung perkembangan pemain itu?" soal Mike Terus.

"Mamut (Ivan) dihilangkan cara halus," dakwa Rashid Mohamad.

"Mamut, mana Mamut?" ujar Mohd Napi.

"Cuti lama sangatlah Mamut ini," luah Are Jieqq.

"Mamut tak balik lagi ke raya?" soal kata penyokong lain.

Tanpa Mamut mengetuai bahagian serangan, tanggungjawab mengetuai serangan Terengganu kini digalas Ismaheel Akinade dan penyerang muda, Syahmi Zamri.

Nama bekas penyerang Inter Zapresic itu menjadi sebutan penyokong Sang Penyu kerana muncul penjaring terbanyak musim lalu dengan 17 gol.

Mamut turut membantu pasukan gergasi Pantai Timur itu layak ke pentas final Piala Malaysia 2023.

Beliau menyertai dua lagi pemain Terengganu yang terpaksa berehat akibat kecederaan iaitu Azam Azmi Murad dan Hakimi Abdullah.

Bagaimanapun, penyokong Terengganu boleh menghela nafas lega kerana Azam dilaporkan sudah mula menjalani latihan ringan bersama pasukan.

Terengganu akan menerima kunjungan Perak FC dalam aksi Piala FA pada 14 Jun nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram